USAHA mahasiswa Persatuan Budaya dan Muslim, Institut Pengurusan Singapura (SIM), dalam membawa penonton menyusuri jalan kenangan lagu Melayu dari 1970-an hingga masa kini wajar dipuji.
ANAK-ANAK muda ini tidak pernah merasakan era kegemilangan muzik disko pada tahun 1970-an atau tempoh di mana lagu Melayu saduran mekar bak cendawan tumbuh selepas hujan.