Ucapan takziah yang ditulis di media sosial bagi keluarga Allahyarhamha Ustazah Latifah Harun terus bertambah selepas berita beliau meninggal dunia dikongsi di media sosial dan dilaporkan akhbar ini.
Isteri Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat telah meninggal dunia, kurang sehari selepas suaminya berangkat ke Arab Saudi dengan sekumpulan jemaah haji.