Bukan kau tak tahu Langkah lumpuhku yang dulu Dan remuk hatiku yang jitu Mengapa hati itu juga yang kau ketuk? Mengapa langkah itu juga yang kau pandang?
Ada tikanya Kita rasa ujian lebihi kemampuan Hingga segenap sanubari bagai digegar goncang dan segala sendi turut longlai Yang bertenaga hanya sekawan mutiara yang deras berpusu menjajah bumi
Labbaik Allahumma Labbaik Labbaik La Shareeka Laka Labbaik Aku menjawab panggilan-Mu Akan ku penuhi suruhan-Mu Namun ku mohon bantuan-Mu Bantulah aku, kuatkanlah aku Akan daku tunaikan ibadah haji
Dalam getar mencari rahsia-Mu Kulepaskan jua nada yang dulu tersimpuh Tika sepi melukis hiba Dalam rindu hilang tuju Kau dan aku tahu Temu kita sekadar cuma