AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam melancarkan kempen tahunan bagi mencegah denggi - sebuah inisiatif nasional yang menggesa penduduk bersikap proaktif bagi menghapus tempat pembiakan nyamuk.
PAKAI baju lengan panjang, gunakan ubat pencegah nyamuk, tidur di dalam bilik berhawa dingin dan timbangkan semula rancangan perjalanan ke negara-negara yang mempunyai jangkitan tempatan virus Zika.