Kecuaiannya telah menyebabkan kematian dua pelatih SMRT selepas dia gagal memastikan langkah-langkah keselamatan yang diperlu dipatuhi sebelum mengetuai pasukan 15 orang ke trek MRT.
SMRT Corp berkata pihaknya telah menamatkan siasatan dalaman terhadap punca nahas kereta api yang mengorbankan dua pekerja muda mereka pada 22 Mac lalu.