Semua orang tahu apa-apa yang kita tahu tahu betapa kita seperti cuaca sentiasa berubah mengikut suasana sekejap mendung sekejap panas sekejap hujan sekejap dingin tiada sudahnya menguji iman.
Malapetaka menimpa seluruh dunia gusar manusia bertambah bimbang virus Covid-19 menyerang mengganas, menular dengan sekelip mata tiada amaran ramai yang dijangkiti ramai yang terkorban di sana sini
Cerita nenek, aku lahir di dunia waktu Subuh dingin Boleh jalan, tekedek-kedek dengan perut boroi banyak cacing Ada adik, nenek buat buai untukku di dahan beringin Nenek ikut apa sahaja yang aku ingin