Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

67% peniaga S'pura ramal niaga naik tahun ini meski masih di tengah pandemik: Kajian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

67% peniaga S'pura ramal niaga naik tahun ini meski masih di tengah pandemik: Kajian

Oct 21, 2021 | 05:30 AM

DI sebalik ketidaktentuan akibat Covid19, sekitar 67 peratus peniaga di Singapura meramalkan perniagaan mereka akan meningkat tahun ini.

Peratusan itu lebih tinggi daripada 53 peratus yang dicatatkan tahun lalu, menurut dapatan laporan Pemulihan Penyelidikan Perniagaan Kedai Kecil oleh firma American Express.

Seramai 300 peniaga setempat menjalani tinjauan itu dari Julai hingga Ogos lalu.

Sebab utama mereka berasa optimis adalah hasil perkembangan perniagaan mereka dalam talian (46 peratus), sokongan daripada pelanggan baru (44 peratus), dan sokongan berterusan daripada pelanggan tetap (40 peratus).

Ini meskipun hampir 60 peratus peniaga menyatakan syarikat mereka sedang menakat, dengan gelombang baru Covid-19 menjadi cabaran utama tahun ini.

Malah, 41 peratus telah menimbangkan untuk menutup perniagaan mereka dari Januari hingga Ogos 2021 kerana ketidaktentuan wabak itu.

Para peniaga menghadapi cabaran tahun ini dengan sekatan Covid-19 masih dilaksanakan yang menjejas perniagaan runcit dan makanan dan minuman (F&B).

"Walaupun perniagaan setempat lebih optimis setelah hampir dua tahun wabak itu bermula, ketidaktentuan wabak sangat memberi kesan kepada pemikiran peniaga. Lonjakan kes baru-baru ini adalah contoh perubahan keadaan dan kesukaran mereka membuat perancangan.

"Perniagaan memerlukan dorongan terutama sekarang di masa-masa yang tidak menentu ini," kata Pengurus Negara American Express Singapore, Encik Ho Yat-Wai.

Sementara itu, Pengasas bersama The Closet Lover, Cik Brianna Wong berkata golongan peniaga banyak menghadapi cabaran semasa wabak, namun, dalam masa yang sama, banyak juga pengajaran yang mereka perolehi.

"Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan dilaksanakan, kami mengadakan sesi live mingguan di media sosial untuk terus berhubungan dengan pelanggan-pelanggan kami.

"Bukan sahaja menghiburkan apabila melihat mereka menyertai kami setiap minggu, malah sesi ini juga membantu kami untuk mengetahui apa yang pelanggan mahukan.

"Maklum balas mereka yang konsisten telah membantu membentuk rangkaian produk kami dan meningkatkan mutu pengalaman pelbagai saluran penjualan kami," katanya.

Namun, perubahan pesat akibat wabak itu menyebabkan peniaga sukar membuat perancangan jangka panjang.

Hanya 45 peratus peniaga yang mempunyai strategi jangka panjang yang jelas berbanding 84 peratus sebelum wabak.

Sebanyak 23 peratus menyatakan ia disebabkan ketidakpastian daripada wabak itu sebagai sebab utama.

Tetapi, wabak itu mendorong mereka untuk lebih pantas membuat perubahan bagi menyesuaikan keadaan.

Sebanyak 25 peratus mengubah strategi mereka agar dapat bertindak dengan lebih baik terhadap perubahan yang berlaku.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) restoran ASTONS, Encik Aston Soon berkata:

"Sejak bermulanya wabak, kami menjangkakan ia akan berlanjutan selama tiga tahun. Oleh itu, kami meramalkan laluan yang tidak menentu dan penuh dengan cabaran yang mendatang."

Untuk memastikan mereka dapat terus mengekalkan pertumbuhan, beliau berkata adalah amat penting untuk mereka kekal inovatif dan lincah dalam menangani cabaran, sambil mengambil risiko bagi meneruskan rancangan jangka panjang serta pelaburan berterusan untuk perniagaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3