Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Aljunied Kebanggaanku

Jul 03, 2022 | 08:24 AM



Di sini kita bersua

Di sini janji terpaut

Dikau guru dan aku muridmu

Kita mengukir sejarah bersama

Memahat legasi sebuah institusi

Pendidikan Islam yang disegani



Aljunied, dikau mencorak anak bangsa

Menjadi individu berpendirian

Sebagai murabbi berdedikasi

Atau murid wa samatan wa taatan



Aljunied, dikau menyuntik keinsafan dalam jiwa kami

Ilmu adalah nur 'ala nur

Menerangi panji-panji kehidupan kami

Tanpa ilmu kami hanya patung tak bernyawa

Tanpa ilmu kami ibarat besi yang berkarat

Di sini kami memahami erti kehidupan

Di sini impian kami tercatat



Kini sembilan dekad lebih telah berlalu

Buktinya, dikau madrasah mampu melahirkan

Asatizah, pegawai masjid

Bahkan mufti

Inilah mereka ulama pewaris nabi

Aku bangga menjadi sebahagian dari sejarah hidupmu

Sebagai guru ataupun murid!



Terima kasih, Aljuniedku sayang!



(Dideklamasikan sempena Majlis Hari Raya OTAI MAA

Pada 11 Jun 2022 di Madrasah Aljunied Al-Islamiah)



KHEFTIAH BTE MOORIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >