Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Calit batik jadi sumber rezeki

Sep 08, 2020 | 05:30 AM



MEMAPARKAN bunga orkid adalah langkah yang sesuai bagi meraikan ulang tahun ke-55 Singapura pada tahun ini.



Bagi pelukis batik Singapura, Encik Tumadi Patri, 61 tahun, bunga orkid dijadi inspirasi karya batiknya kerana bunga orkid melambangkan kekuatan dan ketabahan.



Ia juga bertujuan menghargai pengorbanan pekerja penjagaan kesihatan kerana terus gigih mengharungi dan mengekang penularan Covid-19 di sini.



Lukisan digital itu hasil kerjasama badan seni dari The Very Quiet Studio.



Lukisan Encik Tumadi berlatarbelakangkan bunga kebangsaan, Papilionanthe Miss Joaquim atau dikenali juga sebagai Vanda Miss Joaquim.



Lukisan itu pernah dipamerkan di pameran A Tale of Orchids, di Flower Dome di Taman Di Persisiran yang berlangsung bulan lalu. Seramai 30 pelukis setempat menyumbang karya di pameran itu - Encik Tumardi merupakan satu-satunya pelukis Melayu.



Berita Harian (BH) difahamkan, pameran yang telah berakhir itu adalah bagi memperingati sumbangan dan perjuangan genting pekerja di barisan hadapan, dan bagi warga Singapura untuk kekal bersatu dan mampu mengharungi cabaran Covid-19 bersama.



Encik Tumadi, pelukis berpengalaman lebih tiga dekad, berkata seni batik lebih sinonim dengan masyarakat Jawa, namun orang Melayu di negara ini juga gemar memakainya semasa acara keramaian.



"Saya amat teruja dan sungguh terharu kerana diberikan kesempatan untuk mempamerkan lukisan orkid berteraskan batik ini bersama pelukis lain, meskipun di waktu yang mencabar kini.



"Sejak beberapa tahun lalu, saya melihat lebih ramai masyarakat Melayu Islam kita di sini meminati seni batik kerana ini juga merupakan identiti, tradisional dan budaya bagi masyarakat Jawa di negara ini.



"Dahulu, ramai yang segan dan malu-malu mempamerkan seni batik sebagai karya mereka.



"Ada juga ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mempelajari seni lukisan batik kerana perlu menggunakan lilin panas dan kurang kesabaran untuk melakukannya.



"Namun kini ramai yang lebih terbuka mendalami karya batik sebegini.



"Saya juga ada menawarkan set lukisan batik bagi yang berminat untuk terus meneroka dengan menyediakan pilihan warna yang luas," jelasnya.



Beliau akan juga menjual lukisan orkid berteraskan ukiran seni batik itu dengan harga $2,000.



Encik Tumadi, yang sudah 36 tahun berkecimpung dalam seni lukis, telah mengembara sejauh Bali dan ke beberapa negeri di Malaysia dan Indonesia bagi menghalusi seni lukisan batiknya.



Karyanya juga telah dibawa mengembara ke Australia, Dubai dan Amsterdam.



Malah, pelukis berketurunan Jawa itu telah mengadakan banyak pameran seni antarabangsa di dalam dan luar negara, dengan terbaru dipamerkan di London.



Pameran bertajuk '9th East West Premier Art Award Exhibition' berlangsung pada akhir tahun lalu.



Encik Tumadi berhasrat ingin terus memperkenalkan seni batik ke seluruh dunia dan menerapkan unsur-unsur seperti wayang kulit, kuda kepang, kacip dan keris dalam lukisannya.



Beliau juga merupakan anggota Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) sejak 1984.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >