Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERANCAKKAN LAGI KAWASAN GEYLANG SERAI

Ciri kemelayuan TKC dikekalkan dalam jalur budaya Geylang Serai

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



CIRI-CIRI kemelayuan yang membolehkan para peniaga Melayu terus berniaga di Tanjong Katong Complex (TKC) setelah dinaik taraf akan dikekalkan, menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan pengerusi jalur budaya Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau berkata ia merupakan satu ciri utama dan unik yang ingin terus dikekalkan dalam jalur budaya Geylang Serai.



"Salah satu ciri utama kami ialah kami ingin membangunkan jalur budaya Geylang Serai ialah untuk memastikan bahawa peniaga-peniaga Melayu kita terus bertapak di Geylang Serai kerana ramai anggota masyarakat kita ke Geylang Serai untuk mendapat barang-barangan yang diperniagakan peniaga-peniaga Melayu kita.



"Kami akan bekerjasama dengan SLA (Penguasa Tanah Singapura) untuk memastikan ciri-ciri kemelayuan akan terus wujud dalam gabungan dagangan di TKC,'' ujar Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, dalam temu ramah dengan media mengenai kerja-kerja naik taraf itu.



Semalam, SLA, yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, mengumumkan kerja-kerja naik taraf bagi TKC yang akan bermula pada Ogos 2023 demi memberi kesegaran dan merancakkan tempat itu.



Kerja-kerja naik taraf itu dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



Beliau akur terdapat para penyewa TKC yang ingin kekal di TKC selepas kerja-kerja naik taraf selesai.



"Dalam jangka masa TKC diubah-elok dan dinaik taraf, sama ada selepas itu mereka (penyewa) boleh kembali ke TKC akan dipertimbangkan oleh SLA. Kita mendapat maklum balas bahawa ada juga yang ingin kembali ke TKC dan kami akan menyalurkan keinginan mereka kepada SLA,'' ujar Dr Maliki.



Oleh kerana keprihatinan SLA, beliau menambah bahawa tempoh pajakan sewa dilanjutkan selama enam bulan hingga 30 Jun 2023. Ia sepatutnya berakhir menjelang 31 Disember 2022.



"SLA begitu prihatin tentang keinginan para peniaga untuk sekurang-kurangnya menghabiskan perniagaan mereka selepas Hari Raya 2023. Kita telah bekerja sama dengan SLA yang bersetuju tempoh pajakan dilanjutkan hingga bulan Jun 2023,'' katanya.



Beliau juga prihatin dengan keperluan para peniaga dan mengharapkan mereka mendapat tempat di mana mereka boleh terus menyambung perniagaan mereka.



Menurut Dr Maliki, sejak memulakan mula proses membangunkan jalur budaya Geylang Serai sejak beberapa tahun yang lalu, banyak sesi-sesi perbincangan bersama anggota masyarakat diadakan.



"Salah satu maklum balas yang sering kami dapati ialah ramai dari anggota masyarakat kita yang menyatakan kalau boleh, mereka inginkan TKC dikekalkan kerana banyak kenangan-kenangan manis bagi mereka.



"Kami pun berbincang dengan SLA dan menyalurkan lapor balik ini dan maklum balas masyarakat kita mengenai keinginan mereka mengenai TKC untuk terus dikekalkan. Mereka juga telah membuat pertimbangan dan saya gembira mereka mengumumkan mereka akan mengekalkan TKC,'' jelasnya.



Oleh kerana TKC merupakan bangunan yang agak tua - hampir 40 tahun - sejak dibina pada 1984, TKC belum dinaik tarafkan.



Ia merupakan bangunan yang memerlukan kerja-kerja naik taraf untuk memberikan nafas baru dengan kemudahan moden.



"Struktur TKC yang lama akan disimpan kerana reka bentuknya adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan masyarakat kita dan ia akan dikekalkan tetapi dalamannya akan diberikan nafas baru,'' ujar Dr Maliki.



Satu saranan yang beliau alu-alukan ialah saluran masuk ke TKC akan dibuka dari para pengunjung yang keluar dari Stesen MRT Paya Lebar.



Apabila tamat pengubahsuaiannya, ia akan memberikan saluran berterusan bagi pengunjung TKC dan membolehkan mereka terus masuk ke jalur Geylang Serai.



Sebagai tempat kebanggaan masyarakat kita, pelan SLA untuk mengubah-suai dan menaik taraf TKC, akan memberi masyarakat harapan baru.




"Salah satu ciri utama kami ialah kami ingin membangunkan jalur budaya Geylang Serai ialah untuk memastikan bahawa peniaga-peniaga Melayu kita terus bertapak di Geylang Serai kerana ramai anggota masyarakat kita ke Geylang Serai untuk mendapat barang-barangan yang dipeniagakan peniaga-peniaga Melayu kita.

Kami akan bekerjasama dengan SLA (Penguasa Tanah Singapura) untuk memastikan ciri-ciri kemelayuan akan terus wujud dalam gabungan dagangan di TKC.''

- Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan pengerusi jalur budaya Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >