Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Dalami ilmu agama, pembelajaran Al-Quran terus jadi keutamaan

Apr 15, 2022 | 06:35 AM



SELAIN ingin memastikan masyarakat Islam kita di sini celik Al-Quran, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus teguh membimbing pelajar serta asatizah setempat untuk mendalami ilmu agama dan pembelajaran Al-Quran mereka.



Pergeraq juga menyediakan banyak projek kemasyarakatan seperti pengagihan zakat dan sumbangan kepada alumni pelajar-pelajar Pergeraq yang memerlukan.



Antaranya Projek Ikhsan Ramadan, serta pemberian biasiswa Al-Quran dan Qira'at Pergeraq bernilai $5,000 setiap satu.



Menurut Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 63 tahun, persatuannya tetap menyediakan kelas-kelas seperti Kempen Celik Al-Quran (KCQ) secara percuma selain memberikan habuan seperti zakat wang dan barangan asas lain setiap Ramadan.



"Selain menyediakan kelas-kelas dakwah seperti program KCQ secara percuma, pihak kami turut memberikan sumbangan kewangan dan makanan kepada benefisiari Pergeraq.



"Seperti tahun lalu, lebih 100 keluarga susah, cacat anggota dan berpendapatan rendah telah meraih sumbangan dari Pergeraq.



"Dengan demikian, pemberian zakat yang kami terima dari masyarakat Islam setempati kami salurkan pula kepada penerima yang memerlukan ini.



"Pergeraq memerlukan sokongan dan sumbangan ikhlas para penderma untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di sini dengan menyediakan berbagai program ilmu Al-Quran yang dimampui ramai," ujar Encik Hanafiah.



Antara penerima zakat anjuran Pergeraq adalah Encik Zaini Hamid, berusia 42 tahun. Bapa kepada seorang anak berumur empat tahun ini merupakan anggota persatuan Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS). Encik Zaini mengalami masalah celebral palsy, sejenis penyakit yang menjejas otot dan pergerakannya sejak lahir dan perlu menggunakan skuter mobiliti untuk pergerakan hariannya ketika di luar rumah.



Sungguhpun demikian, Encik Zaini tetap bersemangat dan gigih mengikuti pengajian Al-Quran anjuran Pergeraq, setiap minggu menggunakan platform dalam talian.



"Saya telah mengikuti pembelajaran Al-Quran secara percuma dan penerima habuan zakat bersama Pergeraq sejak tiga tahun yang lalu. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dengan adanya platform pembelajaran Al-Quran yang disediakan untuk orang-orang seperti kami.



"Kami dapat terus mendalami ilmu agama dan terus memperhalusi bacaan dan kefahaman tentang Al-Quran. Harapan saya, agar lebih ramai lagi masyarakat Melayu Islam di sini yang akan terus menyokong misi dan visi Pergeraq dan turut memberikan sumbangan seikhlasnya untuk dikongsikan bersama insan-insan istimewa kendalian Pergeraq ini," kata Encik Zaini.



Beliau bakal khatam Al-Quran pada penghujung tahun ini.




BANTU PERGERAQ



Ayuh bersama Pergeraq untuk terus membina masyarakat celik  Al-Quran. Tunaikan zakat anda di Pergeraq.



Anda boleh menghulurkan bantuan dengan cara berikut: Untuk pemindahan bank: DBS  Akaun Semasa: 017-903204-0



WhatsApp untuk resit @ 9030-7057



Catat nama anda /zakat atau derma PAYNOW UEN T06SS0040C  



Ruang reference taip: Nama  anda /Zakat atau Derma



WhatsApp untuk resit @  90307057



Lungsuri laman di pergeraq.sg, atau  e-mel kepada  pergeragsgp@gmail.com.  



Pergeraq terletak di 218E Changi  Road, #03-10 Bangunan PKMS,  Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >