Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Dari fesyen busana pengantin ke pentas Ratu Universe di Hollywood

Dicky Ishak temui 'pelangi selepas hujan' ketika bisnes terjejas oleh pandemik Covid-19
Apr 10, 2021 | 05:30 AM

MUTIARA kata 'ada pelangi selepas hujan' dipegang teguh pereka fesyen Singapura, Encik Dicky Ishak, dalam meniti kehidupan penuh mencabar membangunkan perniagaan busana pengantin.

Apabila pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu meragut pendapatannya tatkala sebilangan mempelai menunda majlis perkahwinan mereka dan akur dengan peraturan jarak selamat buat undangan, beberapa berita gembira diterima Encik Dicky tahun ini.

Tidak diduga 2021 adalah yang bakal meninggalkan sejarah buatnya pada peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai pereka fesyen kostum kebangsaan, gaun malam dan gaun koktel Ratu Singapura, Bernadette Belle Ong, ke acara Ratu Universe ke-69 di Seminole Hard Rock & Casino di Hollywood, Florida, Amerika Syarikat.

Acara gilang-gemilang itu berlangsung pada 17 Mei ini.

Sebelum ini, pemilik studio Dicky Ishak Couturier di Prestige Centre@ Bukit Batok Crescent, pernah menyiapkan rekaan busana buat Ratu Irama Ethnik, Noraniza Idris serta peserta Gegar Vaganza, Jatt Ali dan Cliff Umar.

Ketika ditemui di studionya, Encik Dicky, 30-an tahun, berkata:

"Tahun lalu merupakan yang paling mencabar buat saya kerana tamparan koronavirus. Ada pelanggan yang menunda majlis pernikahan dan persandingan mereka. Ada yang meminta balik wang pendahuluan.

"Terus terang, pendapatan saya banyak terjejas. Namun, saya menerimanya sebagai ujian Allah yang akan menguatkan lagi semangat saya mencuba bidang rekaan di luar sektor busana pengantin.

"Saya melihat tempoh tersebut sebagai detik saya mengatur semula misi dan visi saya dalam bidang fesyen. Inilah masa bagi saya meneroka pula rekaan fesyen di luar pasaran Melayu. Saya yakin Allah tetap sediakan rezeki buat saya selagi saya berusaha dan tidak putus asa.

"Ramai mengenali saya sebagai pereka busana pengantin 'orang kita' lantas inilah masanya saya tebarkan sayap ke peringkat nasional ataupun antarabangsa.

"Saya luaskan kenalan saya dalam sektor fesyen setempat. Saya perkasakan khidmat dan kerja fesyen saya serta rebut apa jua peluang keemasan yang boleh menaiktarafkan kemahiran saya.

"Lantaran itu, apabila mendapat surat rasmi pengarah Miss Universe Singapore Organisation, Cik Valerie Lim bahawa saya berpeluang menaja kostum kebangsaan, gaun malam dan gaun koktel, aksesori dan kasut buat Ratu Singapura, Bernadette, saya terharu dan berbesar hati. Ia bak bulan jatuh ke riba.

"Hasil kerja tangan saya akan dipapar di pentas antarabangsa dengan Ratu Universe merupakan wadah peragaan terbesar dan ikonik."

Rekaan kostum kebangsaan yang direka Encik Dicky masih dirahsiakan rupanya. Namun, ia tercetus daripada inspirasi keindahan anggerik Vanda 'Miss Joaquim' yang merupakan bunga kebangsaan Singapura.

"Saya diminta menghasilkan sesuatu yang bertemakan keindahan Kota Singa. Cabaran yang dihadapi adalah memastikan konsep rekaan fesyen saya itu nampak eksklusif, anggun dan gah.

"Saya peka dengan trend masa kini dan juga takrifan serta tanggapan orang ramai mengenai apa yang perlu ada pada kostum kebangsaan Ratu Singapura.

"Kalau kita jejak sejarah kostum kebangsaan peserta Ratu Universe pada tahun-tahun sudah, kita ketahui timbul kontroversi dan kecaman mengenai kostum yang dirasakan tidak sesuai diperagakan pada pentas antarabangsa yang dikaitkan dengan keanggunan.

"Antara contoh ialah kostum 'nasi lemak' beberapa tahun lalu. Justeru, kita perlu elakkan perkara sebegitu dan sensitif dengan tuntutan, keperluan dan penampilan wakil kita di pentas dunia," tambah Encik Dicky.

Bidang fesyen mendarah daging dalam dirinya sejak kecil apabila mengikuti perkembangan malah membantu ibunya menguruskan busana pengantin.

Ditanya mengenai cabaran persada fesyen, beliau berkata:

"Dari masa ke masa, dunia fesyen melalui perkembangan pesat. Ia adalah bidang yang memerlukan ketangkasan si pereka fesyen kerana setiap tahun, ada sahaja trend baru yang muncul mengikut cita rasa pengguna.

"Kita tidak mampu ketinggalan trend tetapi peka dengan nilai-nilai ketimuran dan Asia kerana ia cerminan budaya kita."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3