Tarikan prasekolah: Ghairah bantu perkembangan kanak-kanak
Premium
Tarikan prasekolah: Ghairah bantu perkembangan kanak-kanak
Dek minat yang mendalam dalam sektor prasekolah, dua wanita ini bersedia kembali ke sekolah untuk menjalani latihan dan mempertingkat kemahiran dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE).Yang seorang merupakan ibu dua anak yang ingin kembali ke alam pekerjaan dan mencuba kerjaya baru. Yang seorang lagi pula memutuskan untuk menukar kerjaya selepas tujuh tahun dalam industri seni dan hiburan. Mereka berdua antara peserta Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Guru Prasekolah kendalian agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG). Ikuti kisah mereka.
Sep 17, 2020 | 5:30 AM
TUKAR KERJAYA: Selepas tujuh tahun dalam industri seni dan hiburan, Cik Nur Liyana Mohamed Rafid memutuskan untuk menceburi kerjaya baru dalam Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE) - satu sektor yang diminatinya sejak tamat pelajaran di sekolah menengah lagi. - Foto NTUC FIRST CAMPUS -
MEMBESAR dalam kalangan adik-beradik dan anak saudara kecilnya dan menyaksikan kemajuan dan pembangunan mereka telah memberi inspirasi kepada Cik Nur Liyana Mohamed Rafid untuk menjadi seorang guru prasekolah.
Sejak dulu lagi, beliau sudah ada minat menceburi sektor Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) tetapi tidak berpeluang melanjutkan pengajian dalam jurusan itu disebabkan keputusan GCE 'O' di sekolah menengah.

