Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Tiga projek Ramadan Jamiyah perlu sokongan

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



RAMADAN bakal menjelang tiba. Sejak diasaskan 90 tahun yang lalu, malah hingga ke hari ini, Jamiyah Singapura terus bergiat dalam menyediakan pelbagai aktiviti dan program bermutu sepanjang Ramadan bagi masyarakat Islam Singapura.



Memandangkan beberapa program yang dijalankan Jamiyah sewaktu Ramadan disiarkan secara langsung di Facebook, mereka yang menetap di luar negara juga boleh sama-sama belajar dan meraih manfaat daripada program-program 'virtual' itu.



Sokongan dan sumbangan dari masyarakat telah banyak membantu Jamiyah Singapura mengendalikan pelbagai inisiatif serta program-program Ramadan pada tahun-tahun yang lalu.



Walaupun banyak acara khas sempena Ramadan seperti acara Nuzul Quran secara beramai-ramai, iftar bersama masyarakat dan terawih beramai-ramai tidak dapat dianjurkan dek wabak Covid-19, sumbangan yang disalurkan oleh masyarakat banyak membantu Jamiyah dalam proses penyesuaian.



Misalnya, untuk menggantikan acara iftar bersama masyarakat yang tidak dapat diadakan, Jamiyah telah menghantarkan bento juadah iftar kepada benefisiari di rumah-rumah mereka sepanjang Ramadan 2020 dan 2021.



Bahkan, mereka akan terus menjalankan khidmat iftar bento ini pada tahun ini juga.



Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-90 tahun ini, Jamiyah menyeru masyarakat Islam setempat untuk bersama-sama meraih keberkatan dan ganjaran pahala pada bulan Ramadan melalui program-program yang disediakan.



Ketika ditemui, Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Operasi Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin, berkata: "Alhamdulillah bagi pihak Jamiyah, saya amat yakin sambutan Ramadan pada tahun ini akan lebih berbeza dan bermakna. Ini kerana suasana perlaksanaan ibadah diberi kelonggaran dengan langkah pengurusan keselamatan atau SMM yang masih dijaga. Dan saya berharap masyarakat Islam masih bergiat lagi untuk bersama Jamiyah dalam menyambut Ramadan. Program-program Ramadan telah kami aturkan untuk memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi amalan-amalan Ramadan walaupun dalam suasana Covid-19".



Pada masa yang sama, Jamiyah juga menyeru kepada masyarakat Islam di sini untuk menyokong usaha menaja tiga projek Ramadan yang amat diperlukan.



Projek pertama ialah 'Menaja Bento Iftar' untuk keluarga yang amat memerlukan. Seperti tahun-tahun yang lalu, Jamiyah akan menghantar bento untuk iftar kepada benefisiari mereka setiap hari pada bulan Ramadan.



Tambah Encik Jaffar: "Usaha ini adalah untuk mensasarkan 1,000 keluarga yang dapat menikmati juadah Ramadan yang ditaja oleh masyarakat. Sebagaimana juga Badan Berkanun yang telah lama memberikan khidmat sosial kepada masyarakat, usaha ini sedikit sebanyak membantu sewaktu Ramadan ini dengan meluaskan lagi usaha gigih kami untuk membantu golongan yang memerlukan."



Projek kedua adalah untuk menaja jamuan iftar dan juga sahur kepada dua rumah jagaan kendalian Jamiyah iaitu Darul Syifa bagi golongan pesakit dan Darul Islah bagi penghuni bekas pesalah dadah.



Ulas Encik Jaffar lagi: "Kedua-dua rumah jagaan Jamiyah akan merasakan mereka tidak terkecuali jika masyarakat Islam dapat menyumbang dengan menaja jamuan iftar dan sahur untuk mereka menikmati Ramadan bersama-sama."



Pada minggu terakhir Ramadan pula, Jamiyah akan mengagihkan hamper makanan 'Meat-for-Eid' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 2,000 keluarga yang memerlukan.



Ini merupakan tahun ketiga Jamiyah mengagihkan hamper sebegini.



Hamper 'Meat-for-Eid' ini mengandungi bahan-bahan makanan seperti dua kilogram daging, dua ekor ayam, beras basmati, pes rendang dan barangan lain yang boleh digunakan untuk menyediakan lauk-pauk Hari Raya.



Hamper 'Meat-for-Eid' ini diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah di banyak kawasan undi supaya mereka berpeluang menyambut Hari Raya dengan juadah yang lazim disediakan pada pagi Hari Raya.



"Saya yakin dengan keihsanan dan kemurahan hati masyarakat Islam untuk ketiga-tiga Projek Ramadan ini. Hanya Allah swt sahaja yang memberi ganjaran pahala lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini di atas segala sumbangan dan sokongan yang diberi kepada Jamiyah," tambah Encik Jaffar lagi.




CARA MENYUMBANG



Untuk keterangan lanjut menyumbang serta mengikuti program-program Jamiyah Singapura, sila lihat informasi bawah:



Jamiyah Singapura

31 Lorong 12 Geylang Singapura 399006
Telefon: 6743-1211
Emel: info@jamiyah.org.sg
Facebook:@jamiyahsg
Instagram:@jamiyahsg




PROGRAM KHAS SAMBUT RAMADAN DAN SEMASA RAMADAN



Program-program khas Jamiyah menyambut Ramadan boleh ditonton secara 'online' melalui Facebook Jamiyah Singapura:



Tazkirah Harian untuk menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya apabila menjelang Bulan Ramadan. Dari 20 Mac hingga 1 April 2022 jam 7.30 malam.



Bacaan Taddarus, mari berkhatam bersama bermula 3 April hingga 1 Mei dari jam 10.45 malam hingga 12.15 pagi.



Hubbul Quran, rancangan menyelami khazanah ilmu Al-Quran setiap Senin - Jumaat bermula 8 April hingga 29 April 2022 setengah jam sebelum iftar.



Nuzul Quran, acara tilawah Al-Quran untuk memperingati peristiwa turunnya Al-Quran, pada 17 April 2022 bermula 10 pagi hingga 1 tengahari.



Apa Cerita…Eh?, rancangan bual bicara santai setiap Jumaat bermula 8 April hingga 27 Mei, dari jam 10.00 malam hingga 10.45 malam.



Takbir Raya bersama Jamiyah dan teman-teman dalam dan luar negara pada 2 Mei dari 8.30 malam - 10.00 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >