Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIBAWAKAN KHAS OLEH

Jiwa tenang menulis, bersenam dan jadi relawan

Feb 27, 2022 | 05:12 AM



JIWA yang tenang boleh memberi kesan kepada kesihatan yang baik.



Pegangan ini telah membolehkan Cik Hafsah Mohd Ali kekal sihat biarpun usianya sudah mencecah 71 tahun.



Sekali pandang memang tiada siapa yang dapat menjangka usia wanita ini sudah menjangkau 70 tahun.



"Jiwa dan hati yang tenang yang banyak membantu saya kekalkan kesihatan, secara mental dan fizikal.



"Alhamdulillah, buat masa ini, saya hanya cuma menghidap tahap kolesterol yang tinggi sedikit, tapi terkawal. Sebabnya saya memilih gaya hidup sihat," kata pesara itu.



Cik Hafsah yang pernah bekerja dalam bidang perhubungan awam selama lebih 30 tahun kini menjadikan minatnya dalam bidang penulisan sebagai mata pencarian.



Antara -buku yang ditulisnya berjudul 'If Only Airports Could Talk'; dan 'Can Airports Talk?' Dua lagi buku sedang dalam proses untuk diterbitkan.



Buku-buku tersebut yang ditulisnya antara selama setahun dengan tiga tahun, menyingkap kisah-kisah sebenar yang pernah beliau dan kenalannya lalui.



Menurut Cik Hafsah penulisan membuat mental beliau lebih kuat, sementara senaman dan gerakan yang dilakukannya setiap hari menjadikan tubuhnya terus cergas.



"Pada usia sebegini, tiada apa yang lebih penting daripada jiwa dan tubuh yang sihat.



"Justeru selain menulis dan membaca, saya lakukan gerakan tangan dan kaki setiap pagi mengikut cara pergerakan senaman Cina.



"Saya juga amalkan kegiatan berjalan - tiga kali seminggu - selama sejam setengah lamanya.



"Semua ini saya lakukan sendirian kerana enggan terganggu dengan perbualan sekiranya secara berkumpulan," jelasnya yang kini turut menjalani kursus penulisan kreatif selain kelas-kelas agama.



Cik Hafsah yang kini tinggal di Jelapang Road juga pernah belajar bahasa Arab di Kahirah, Mesir selain mendalami Bahasa Arab beserta Al-Quran di Damsyik, Syria, selama beberapa tahun.



Satu lagi cara beliau memastikan jiwanya tenang ialah dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di Hospital St Luke's.



Sebagai seorang pendorong pemulihan di hospital tersebut, Cik Hafsah berkongsi kata-kata rangsangan dengan para pesakit.



Beliau berkongsi pengalamannya selaku seorang bekas pesakit yang pernah mendapatkan khidmat pemulihan di hospital tersebut beberapa tahun lalu, apabila beliau menjalani pembedahan pada lututnya.



"Selain saya, arwah ibu dan adik saya juga pernah menjalani pemulihan di hospital ini akibat masalah kesihatan masing-masing.



"Berdasarkan pengalaman khidmat hebat yang diberi, saya bertekad untuk menyumbang semula kepada para pesakit lain.



"Maka tercetuslah pula semangat untuk menjadi sukarelawan di hospital ini," katanya lagi yang amalkan pemakanan dan minuman sihat.



Lungsuri www.ifeelyoung.sg untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana anda dapat menua dengan baik.




"Pada usia sebegini, tiada apa yang lebih penting daripada jiwa dan tubuh yang sihat.

Justeru selain menulis dan membaca, saya lakukan gerakan tangan dan kaki setiap pagi mengikut cara pergerakan senaman Cina.

Saya juga amalkan kegiatan berjalan - tiga kali seminggu - selama sejam setengah lamanya.

Semua ini saya lakukan sendirian kerana enggan terganggu dengan perbualan sekiranya secara berkumpulan.''

- Cik Hafsah Mohd Ali, 71 tahun.




PELAN TINDAKAN BAGI PENUAAN AKTIF



Dilancarkan pada 2015 oleh Jawatankuasa Kementerian mengenai Penuaan (MCA) bagi rancangan masa depan untuk warga Singapura cara menua dengan yakin dan anggun



Pada 2017, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen "I Feel Young SG" bagi mempromosi Pelan Tindakan dan menggalak penuaan aktif. Lungsuri http://www.ifeelyoung.sg



Bagi memenuhi keperluan warga emas hari ini dan masa depan, kita mesti terus memberi respons kepada keperluan yang lebih pelbagai, dan menimbangkan persekitaran operasi serta pengajaran daripada Covid-19. Justeru MCA sedang memperkemas kini Pelan Tindakan yang tertumpu kepada:



Jagaan: Bertujuan memperkasa warga senja untuk bertanggungjawab ke atas kesejahteraan fizikal dan mental menerusi program kesihatan pencegahan, penuaan aktif dan khidmat jagaan



Sumbangan: Membolehkan warga emas terus menyumbang pengetahuan dan kepakaran serta kekal berdaya tahan menerusi landskap pembelajaran, kesukarelawanan dan pekerjaan dipertingkatkan



Perhubungan: Menyokong warga emas meniti usia senja dalam sekitaran dibina yang inklusif sambil terus terhubung dengan orang tersayang dan masyarakat, menerusi wadah digital dan rangkaian sokongan yang mempunyai semangat berkampung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >