Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

TRUE HEARTS.SG

'Jom Sadaqah 2022' bantu 200 keluarga memerlukan

Apr 15, 2022 | 06:33 AM



PADA bulan Ramadan yang mulia ini, ramai anggota masyarakat Singapura mengambil peluang bersedekah dengan menyalurkan sebahagian harta mereka kepada warga kurang upaya dan mereka yang ditimpa kesusahan.



Begitulah pendapat Presiden True Hearts.sg, Dr Mohamad Yusof Sa'ad, kepada Berita Harian (BH).



Ramadan ini, True Hearts.sg bekerjasama dengan syarikat The Straits Teppanyaki dan Pop Motif Care dan mereka telah menganjurkan projek sulung 'Jom Sadaqah 2022'. Projek ini dilaksanakan dengan jayanya pada 10 April lalu dan sebanyak tujuh syarikat bergabung tenaga untuk menjayakan projek murni ini. Antaranya syarikat Fitness Mode, Zero Gravity, Choux by SA, The Nun's Production, Ethiqal Wealth Advisory, Men's Therapy dan Debt Aid.



"Alhamdulillah, menerusi projek 'Jom Sadaqah 2022' ini, seramai 200 keluarga yang memerlukan dapat kami bantu hasil kutipan derma dan wang fidyah, pemberian daripada syarikat yang telah bergabung bersama kami. Baki wang pembelian barangan dapur itu juga kami salurkan kepada penerima tersebut.



"Pada masa yang sama, kami amat mengalu-alukan sekiranya ada lagi syarikat lain yang ingin bergabung bersama kami bagi projek 2023 nanti. Kami ingin melihat suasana gotong-royong dihidupkan semula, dan mereka sanggup berkongsi serta membahagikan rezeki kepada yang memerlukan. Semoga projek ini menjadi keinsafan bagi mereka yang hadir dan mengetahui bahawa ada juga insan lain yang masih lagi dihimpit kesempitan dan memerlukan pertolongan dan sokongan kita semua," jelas Encik Mohamad Yusof, 47 tahun.




CARA HULUR SUMBANGAN



  • Perbankan Internet: Maybank Singapura: 04041087574.

  • Cek atas nama True Hearts.sg.

  • PayNow: UEN no: T20SS0168C.

  • True Hearts.sg juga menyediakan khidmat pengambilan derma atau sumbangan dari rumah. True Hearts.sg terletak di 12 Woodlands Square #02-66, Singapura 737715.

  • Layari www.trueheartssg.org untuk menderma dalam talian, atau hubungi talian 8882-5322 bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >