Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kumpul barang keperluan termasuk sejadah bagi pekerja migran yang dikuarantin

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



KEJURURAWATAN bukan pilihan pertamanya, namun beliau tidak menyesal menceburi kerjaya tersebut.



Bahkan sudah 28 tahun Cik Suriana Sanwasi menimba pengalaman berharga merawat pesakit.



Menurut Cik Suriana, 48 tahun, semasa remaja beliau sebenarnya lebih berminat bidang pengkomputeran, namun ibu bapanya mahu beliau menjadi jururawat.



Tak kenal, tak cinta.



Apabila pertama kali didedahkan dengan pengalaman bekerja di Hospital Besar Singapura (SGH) ketika ditawarkan tugas sebagai penolong jururawat, beliau merasakan bahawa pekerjaan itu memberi kepuasan.



Pengurus Jururawat Kanan itu pernah ditugaskan bekerja di wad pengasingan di Perth Australia pada 2008.



Dengan pengalaman itu, beliau telah diberi peranan penting untuk mengubah wad pernafasan akut ke wad pengasingan di hospital dalam masa yang singkat ketika virus Covid-19 semakin menular awal tahun lalu dengan pekerja asing dalam jumlah yang besar mula didapati terjangkit virus itu.



Lebih daripada menjalankan tugas rawatan, Cik Suriana juga menunjukkan keihsanan apabila berdepan dengan pekerja Islam yang dirawat di wad.



Ini termasuk aspek keselesaan dan kebersihan.



Antaranya beliau berusaha mendapatkan pakaian dan sejadah untuk pekerja asing yang terjejas.



Semuanya bermula apabila Cik Suriana terlihat seorang pekerja asing di wadnya sedang solat di lantai tanpa alas.



"Saya dengan cepat mengagihkan selimut kepada semua pekerja migran Muslim di wad itu dan kemudian meminta sumbangan sejadah melalui WhatsApp.



"Dengan bantuan rakan, keluarga dan kenalan. mesej tersebar dan saya menerima lebih daripada 500 sejadah, pakaian, dan barang keperluan lain, cukup untuk dijadikan pakej penjagaan bagi pekerja asing," kata Cik Suriana.



Para pekerja itu kemudian dipindah ke Kemudahan Penjagaan Masyarakat, kata ibu seorang anak berusia 11 tahun itu.



Secara keseluruhan, Cik Suriana serta pasukan relawan dan keluarganya telah menyediakan lebih 2,000 pakej penjagaan yang merangkumi keperluan asas seperti pakaian, peralatan mandi, sejadah, makanan kering dan minuman.



Mengenai Anugerah Superhero yang diterima, Cik Suriana berkata beliau tidak mengharapkan sebarang penghargaan kerana ikhlas membantu.



Baginya pengalaman yang diraih sepanjang pandemik ini lebih berharga dan akan terpahat dalam kenangan.



Selain mengendalikan pekerja asing yang terjejas, beliau juga pernah berurusan dengan pesakit wanita hamil yang dikesan positif Covid-19.



Wanita itu dikuarantin selama 29 hari sebelum dibenarkan pulang, dua hari sebelum sambutan Hari Raya tahun lepas.



"Saya membantunya mendapatkan makanan yang dia idamkan. Sebelum syif bekerja bermula, saya akan menghantarkan makanan kepadanya atau jika saya sibuk, saya aturkan rakan kerja saya untuk membantu," cerita Cik Suriana.



Ditanya bagaimana beliau menguatkan semangat untuk terus membantu pesakit, Cik Suriana kata kuncinya ialah sentiasa bersikap positif dan s bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka.



"Pandemik ini telah menjadikan saya lebih tabah dan kuat. Daripada pengalaman, kini saya lebih yakin bahawa senyuman itu adalah penawar ubat yang paling berkesan tanpa bayaran," ujar beliau.




"Kami harus kekal positif apabila bekerja dalam penjagaan kesihatan dan mesti bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangka. Pandemik ini telah menjadikan saya lebih tabah dan kuat. Daripada pengalaman saya, kini saya lebih yakin bahawa senyuman itu adalah penawar ubat yang paling berkesan tanpa bayaran."
- Cik Suriana Sanwasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >