Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Kumpul dana, guna wang sendiri bantu pekerja migran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Kumpul dana, guna wang sendiri bantu pekerja migran

Apr 01, 2021 | 05:30 AM

Anugerah Perkhidmatan Kesihatan Bermutu Singapura (SHQASA) telah diadakan baru-baru ini di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Kampus Academia di Hospital Besar Singapura (SGH). Diperkenalkan sejak 2011, anugerah anjuran Pusat Perubatan Akademik SingHealth Duke-NUS sebagai wadah khusus pertama Singapura untuk mengiktiraf pekerja penjagaan kesihatan cemerlang yang telah memberikan penjagaan dan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada pesakit. Tahun ini anugerah itu bertema 'Meraikan Perpaduan' sempena mengiktiraf sumbangan kakitangan penjagaan kesihatan dalam usaha negara melawan pandemik Covid-19. Hampir 7,000 penerima diiktiraf tahun ini, yang tertinggi sejak 2011. BERITA HARIAN menemu ramah dua penerima.

KETIKA divisyen kejururawatannya meminta sukarelawan untuk bertugas di Hotel Park Avenue Changi bagi menjaga pekerja migran yang diasingkan semasa wabak Covid-19, Cik Rafikah Sawal, 34 tahun, adalah antara yang tampil.

Beliau berkata sebelum ini beliau terlepas untuk membantu ketika Singapura dilanda wabak Sars kerana menyertai bidang kejururawatan pada 2006 - tempoh setelah wabak yang berlaku pada 2003 itu berlalu.

"Bagi saya, ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang jururawat. Jika bukan sekarang, bila lagi saya dapat peluang menjadi sukarelawan?

"Memang saya bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas saya membantu pihak yang terjejas," kata jururawat staf kanan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) itu.

Beliau akui keputusannya pada mulanya telah menggusarkan keluarganya kerana bimbang beliau akan dijangkiti Covid-19 memandangkan beliau akan berada dekat dengan pekerja yang terjangkit.

"Mereka semua risau dan prihatin kerana saya mengambil risiko untuk mendedahkan diri dalam pandemik itu. Pada masa itu juga, anak bongsu saya berusia hanya enam bulan dan memandangkan anak-anak kecil lebih senang dijangkiti.

"Namun setelah saya menjelaskan tujuan saya, suami serta keluarga berubah fikiran dan lebih menyokong keputusan saya," cerita ibu tiga anak itu.

Anak-anaknya berusia sembilan, enam dan dua tahun.

Bukan setakat menjadi relawan, beliau juga sanggup menggunakan wang dari kocek sendiri untuk membeli botol-botol kecil yang berisi minyak kelapa untuk melembapkan kulit dan membahagi-bahagikannya kepada pekerja di hotel tersebut.

Beliau berkata para pekerja migran itu telah mengadu kulit mereka menjadi terlalu kering kerana berada di dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa.

Atas sikap murah hati dan sumbangannya, Cik Rafikah telah terpilih untuk menerima Anugerah Superhero.

"Oleh kerana mereka diasingkan di hotel itu, biliknya semua berhawa dingin dan saya perasaan kulit mereka sangat kering. Walaupun diberikan pelembap oleh hotel itu, ia masih kering.

"Kemudian atas saranan seorang pekerja yang memberitahu tentang khasiat minyak kelapa, saya mendapatkan 50 botol setiap satu berisi 100 milimeter minyak kelapa dan mengagihkan kepada mereka, " singkap Cik Rafikah.

Selain itu, Cik Rafikah juga telah mengumpulkan dana di Facebook untuk mendapatkan sebanyak 600 pelitup muka jenis kain untuk agihan pertama dan 2,500 pelitup bagi agihan yang kedua.

Mengenai anugerah yang diterima, Cik Rafikah berkata beliau tidak menyangka akan dihargai sebegitu rupa.

"Bagi saya apa yang saya lakukan adalah sebahagian tugas. Anugerah ini bukan sahaja milik saya, tetapi ia satu pengiktirafan kepada pasukan saya juga," kata Cik Rafikah yang akui memperolehi banyak pengalaman berharga, terutama dalam memahami kesejahteraan pekerja asing.

"Pengalaman ini membuat saya lebih menghargai apa yang kita ada. Bekerja di samping pekerja asing, saya kini lebih memahami kesusahan mereka," tambah Cik Rafikah.


"Oleh kerana mereka diasingkan di hotel itu, biliknya semua berhawa dingin dan saya perasaan kulit mereka sangat kering. Walaupun diberikan oleh pelembap hotel itu, ia masih kering. Kemudian atas saranan seorang pekerja yang memberitahu tentang khasiat minyak kelapa, saya mendapatkan 50 botol setiap satu berisi 100 milimeter minyak kelapa dan mengagihkan kepada mereka."
- Cik Rafikah Sawal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3