Topik diikuti
Pergi ke BHkuLatihan karyawan SG bantu kurangkan kematian bayi di Indonesia
Premium
Latihan karyawan SG bantu kurangkan kematian bayi di Indonesia
Terima anugerah Sukarelawan Presiden dan Dermawan 2021
Oct 17, 2021 | 5:30 AM
Latihan karyawan SG bantu kurangkan kematian bayi di Indonesia
KERJASAMA: Dua peserta Indonesia (berbaju putih) terlibat dengan pasukan Relawan Antarabangsa Singapura (SIV) semasa demonstrasi di bengkel latihan. Projek ini bertujuan untuk membina keupayaan pekerja penjagaan kesihatan setempat untuk memberikan rawatan kritikal kepada bayi dan kanak-kanak yang berisiko. - Foto SIV -
SELAMA empat tahun, sekumpulan spesialis dari Relawan Antarabangsa Singapura (SIV), terdiri daripada doktor dan jururawat dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) di bawah SingHealth, telah bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Indonesia untuk meningkatkan penyediaan perkhidmatan kecemasan pediatrik dan perkhidmatan neonatal di institusi kesihatan awam di Jawa Timur.
Dari Julai 2018 hingga Mac tahun ini, projek kolaboratif itu termasuk bengkel latihan klinikal, dialog kepimpinan, simposium dan jangkauan masyarakat.
