Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSR Interior Design kekalkan harga pasaran walau raih pelbagai anugerah

Rangkul dua anugerah berprestij dalam kategori 100 Jenama Teratas Yang Membangun; Reka Bentuk Dalaman Terbaik bagi 2021/2022
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



SELAMA lebih kurang tujuh tahun berada dalam industri reka bentuk, akhirnya MSR Interior Design berjaya memenangi dua anugerah berprestij dalam industri ini.



Kejayaan merangkul kategori 100 Jenama Teratas Yang Membangun dan Reka Bentuk Dalaman Terbaik bagi 2021/2022 ini mengukuhkan lagi kedudukan MSR Interior Design sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing dan kekal relevan.



Berbekalkan inovasi tinggi, MSR Interior Design menawarkan rekaan dalaman bergaya dan kontemporari yang pasti memenuhi impian anda.



MSR Interior Design menyediakan rekaan panel Maghribi bergaya dan reka bentuk mihrab sesuai mengikut permintaan pelanggan dengan pakej yang berpatutan.



Pengarah MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, menjelaskan:



"MSR Interior Design adalah salah satu pelopor yang memperkenal rekaan panel Maghribi dan reka bentuk mihrab yang diperibadikan. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan pakej yang merangkumi kerja pengubahsuian utama.



"Sebagai pusat perancangan reka bentuk berkesan, MSR Interior Design turut menggabungkan unsur pengubahsuaian dan perhiasan rumah. Oleh itu, pelanggan tidak perlu berkejaran ke tempat berbeza untuk merancang rekaan rumah dari sudut pengubahsuaian dan hiasan dalaman.



"Bersesuaian dengan cogan kata kami, 'Kami Mencipta Idea Kepada Realiti', pasukan MSR Interior Design akan memastikan pengubahsuaian yang menjanjikan pengalaman unik dengan harga berpatutan tanpa menjejaskan mutu kerja.



"Perkhidmatan terbaik dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi kami. Oleh itu, rasai penambahan unsur sentuhan mewah dengan harga kompetitif yang disediakan khas buat pelanggan," kata Encik Muhammad Syahiran.



Memulakan perniagaan ini pada 2014, Encik Muhammad Syahiran sangat menghargai kerjasama ahli pasukannya sehingga syarikat ini sudah mula mencipta kejayaan demi kejayaan.



"Bermula seorang diri, kini saya berjaya membentuk sebuah kumpulan pereka berkaliber. Dengan kepelbagaian bakat dan keupayaan kreativiti, pasukan kami berjaya menempa nama ke peringkat yang lebih dikenali. Mungkin MSR Interior Design tidak akan berada di tempat yang selesa pada hari ini tanpa kerja keras daripada pihak pengurusan iaitu Encik Syafiq Rohajat, Encik Mohamed Hafiz Iqbal (Fizzi), Cik Nazira Nazri dan seluruh pekerja MSR Interior Design.



"Tidak lupa juga kepada kumpulan pekerja binaan, Encik Anwar Asahak, Encik Syahid Hosni, Encik Hassan Ulubateh dan Encik Syurahbil Md Noor yang mengendalikan tugas dengan cemerlang. Oleh itu, sekalung penghargaan ditujukan buat semua ahli pasukan yang bertungkus-lumus memberi hasil terbaik.



"Sebagai maklumat tambahan, kami juga dikenali sebagai kumpulan Melayu pertama yang menjadi sebahagian daripada anggota Persatuan Kontraktor Ubah Elok dan Pembekal Bahan Singapura (RCMA). Baru-baru ini juga, saya dilantik sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



"Walaupun MSR Interior Design menerima pelbagai pengiktirafan, kami tetap menjaga pasaran harga untuk pelanggan yang dihormati. Apa yang paling penting, cara kerja kami berlandaskan semangat dan ketelusan yang maksimum," jelas pengasas MSR Interior Design itu.



MSR Interior Design memperkenal dua pakej baru untuk flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang merangkumi pemecahan tembok dan servis yang diperlukan. MSR Interior Design juga menawarkan pakej serendah $8,500 untuk pelanggan yang ingin memiliki rekaan rumah idaman. Bagi pakej Flat Jualan Semula juga boleh didapati dengan harga seperti berikut iaitu $28,888 bagi flat tiga bilik, $31,888 bagi flat empat bilik, $34,888 bagi flat lima bilik dan EA $36,888.



Bagi anda yang berminat, sila lungsuri https://www.msrinteriordesign.com. Dapatkan maklumat dan inspirasi hiasan dalaman rumah anda hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >