Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSR INTERIOR DESIGN

Nama terus menjulang hasil khidmat cemerlang

MSR
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



APABILA bercakap tentang dekorasi rumah, pasti setiap orang memiliki impian masing-masing untuk menghias ruang dalaman kediaman mereka.



Bagi memenuhi permintaan ini, anda memerlukan pereka hiasan dalaman yang profesional seperti yang dimiliki MSR Interior Design.



MSR Interior Design menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian yang bersifat kontemporari dengan pakej dan harga yang dimampui serta berpatutan.



Perkhidmatan ini merangkumi pemilihan warna, bahan, pencahayaan dan penggunaan perabot yang pasti menyerlahkan keunikan dan sentuhan mewah dalam sesebuah kediaman.



Selain itu, MSR Interior Design merupakan salah satu pelopor yang memperkenalkan rekaan panel Maghribi dan rekaan bentuk mihrab yang disesuaikan mengikut cita rasa para pelanggan mereka.



PERKHIDMATAN BERTARAF LIMA BINTANG



Dengan pengalaman lebih lapan tahun dalam industri ubahsuai dan reka bentuk dalaman, MSR Interior Design menyediakan perkhidmatan reka bentuk hiasan dalaman yang bertaraf lima bintang.



Pengarah MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat berkata, pihaknya sangat menjaga kualiti barangan dan perkhidmatan agar syarikat tersebut sentiasa menjadi pilihan pertama pelanggan.



Beliau menjelaskan: "Antara sebab utama kami menjadi pilihan adalah kerana kami menawarkan rekaan hiasan dalaman yang berkualiti tinggi dan mengikut cita rasa pelanggan.



"Oleh itu, kami berusaha menyediakan khidmat perundingan terbaik, berkomunikasi dengan penuh etika, berurusan secara jujur, serta menjaga kualiti barangan dalam memenuhi setiap keperluan pelanggan.



"Pereka hiasan dalaman kami akan membantu pelanggan dengan memberi pandangan seadanya tentang konsep dan idea yang paling sesuai, berdasarkan pilihan yang ditentukan oleh para pelanggan.



"Walaupun ia bukan perkara yang senang, pihak kami bersedia memberi komitmen bagi mencipta sesuatu idea kepada sebuah realiti demi pelanggan yang kami hargai.''



PENGIKTIRAFAN TERTINGGI



Menurut Encik Muhammad Syahiran, kejayaan menempa nama dalam industri rekaan dalaman juga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tetapi, usaha yang berterusan sentiasa diselangi dengan kejayaan yang lebih besar.



"Alhamdulillah, kami diberi pengiktirafan sebagai Best Interior Design pada tahun 2021/2022 dan syarikat kami juga adalah antara TOP 100 Emerging Brands OF The Years 2021/2022.



"Dengan pencapaian baik seperti ini, kami ingin melakar nama MSR Interior Design ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.



JAGA IMEJ SYARIKAT



Encik Muhammad Syahiran yang juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Yayasan Mendaki itu menyatakan, kejayaan yang besar turut datang bersama tanggungjawab yang besar.



Oleh itu, MSR Interior Design sangat berhati-hati dan teliti dalam menjaga kepuasan para pelanggan dan kualiti barangan.



Tambah beliau: "Siapalah yang tidak inginkan keuntungan? Namun, perkara yang lebih utama bukanlah untung semata-mata, tetapi kami meletakkan kepuasan pelanggan sebagai nilai yang paling penting.



"Ia juga sangat diperlukan untuk mengekalkan dan meningkatkan kesetiaan pelanggan, sekaligus menjaga imej syarikat sebagai satu perkhidmatan yang berkualiti."



"Pelanggan dan syarikat adalah komponen yang tidak dapat dipisahkan. Tugas tata rias ialah idea, pendapat dan komitmen bersama. Apa yang pelanggan inginkan, itulah yang akan kami cuba penuhi.



"Saya dan para pekerja bertanggungjawab dalam memastikan semua kualiti rekaan berada dalam keadaan terbaik. Malah, kami juga akan pastikan permintaan pelanggan kami akan ditunaikan."



KONGSI RESIPI KEJAYAAN



Berkongsi resipi kejayaan kekal dalam industri hingga ke hari ini, Encik Muhammad Syahiran berkata, sokongan keluarga dan rakan sepasukan banyak membantu menaikkan nama MSR Interior Design.



"Alhamdulillah, sokongan ibu, ayah, keluarga dan rakan sepasukan telah membolehkan kejayaan MSR Interior Design untuk kekal dalam industri selama lapan tahun.



"Bagi mendapatkan kepercayaan ramai, kami juga mengutamakan kejujuran sebagai elemen penting dalam perniagaan.



"Segala bentuk perniagaan akan dilakukan secara telus termasuklah dari segi harga dan kualiti. Oleh itu, tiada caj tersembunyi yang dikenakan.



"Pada masa yang sama, kami juga sangat menghormati pelanggan dan hasil kerja yang terbaik juga memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan ini," beritahunya.



PAKEJ REKAAN HIASAN DALAMAN



Sehubungan itu, para pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai pakej idaman menarik daripada MSR Interior Design.



Syarikat ini menawarkan pakej terbaru bagi semua pemilik rumah flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan menyediakan keutamaan untuk semua pemilik yang baru saja mendapatkan rumah pertama mereka. Dengan ini, pemilik rumah dapat berjimat untuk renovasi rumah idaman mereka.



MSR Interior Design turut menawarkan pakej serendah $8,500 untuk pelanggan yang ingin memiliki rekaan rumah idaman.



Pakej Jual Semula Rumah juga boleh didapati dengan harga seperti berikut iaitu $28,888 untuk flat tiga bilik, $31,888 untuk flat empat bilik, $34,888 untuk flat lima bilik dan EA pula ialah $36,888.




"Siapalah yang tidak inginkan keuntungan? Namun, perkara yang lebih utama bukanlah untung semata-mata, tetapi kami meletakkan kepuasan pelanggan sebagai nilai yang paling penting. Ia juga sangat diperlukan untuk mengekalkan dan meningkatkan kesetiaan pelanggan, sekaligus menjaga imej syarikat sebagai satu perkhidmatan yang berkualiti.''



- Pengarah MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat.




INFO



Lungsuri laman https://www.msrinteriordesign.com atau hubungi talian 6717-5578 atau 9778-1234 untuk mendapatkan maklumat dan inspirasi hiasan dalaman rumah anda




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >