Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Pengajian Islam secara digital dapat sambutan hangat

Feb 04, 2022 | 05:58 AM



USAHA dakwah Persatuan Muhammadiyah untuk mendidik masyarakat berkenaan agama Islam secara digital telah mendapat sambutan sangat menggalakkan.



Bagi memenuhi keperluan berdakwah di dalam talian, persatuan ini telah membuat pelaburan untuk mengadakan kemudahan dan peralatan lebih baik supaya pengalaman pembelajaran peserta di dalam talian berjalan lancar.



Ekoran Pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, Persatuan Muhammadiyah terpaksa menganjurkan usaha dakwah di dalam talian



Ini termasuk kelas dan ceramah pengajian Islam serta pelbagai program bual bicara yang disiarkan menerusi aplikasi persidangan video Zoom; laman media sosial, Facebook dan Instagram; laman video, YouTube dan Spotify.



Namun, usaha dakwah ini telah terbukti bermanfaat buat Persatuan Muhammadiyah serta masyarakat Islam, menurut Muhammadiyah.



Pada 2021, Persatuan Muhammadiyah telah menerima hampir 85,000 tontonan melalui semua wadah media sosial mereka iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan Spotify.



Penyertaan bagi kelas dan kursus agama di dalam talian mendapat sambutan melebihi 10,000 peserta pada tahun lalu.



Melebihi 200 video berkenaan agama yang merangkumi pelbagai program seperti tazkirah, program Ramadan, forum, rancangan The Malam Jumaat Show dan sebagainya, telah dihasilkan dan dimuat naik melalui wadah digital Persatuan Muhammadiyah.



Persatuan Muhammadiyah telah menerima jumlah penyertaan kelas dan kursus yang tinggi, malah meningkat, semasa tempoh keadaan pandemik ini - satu angka besar yang tidak pernah dilihat sebelum tempoh Covid-19.



Lantaran itu, Muhammadiyah telah membuat pelaburan mengadakan sebuah studio dengan peralatan khusus yang boleh membantu persatuan menghasilkan antaranya, video dan ceramah dengan lebih baik.



Ia juga bakal menghasilkan aplikasi telefon bijak yang boleh memudahkan masyarakat membuat tempahan solat Jumaat dan sumbangan dana pada badan itu di fasa pertama.



Ciri-ciri berguna lain juga akan disertakan di aplikasi telefon bijak Persatuan Muhammadiyah ini nanti bagi kemudahan ramai yang ingin tahu perkembangannya.



Menyediakan kemudahan dan peralatan studio yang lebih baik dan menawarkan aplikasi telefon bijak adalah antara usaha Persatuan Muhammadiyah untuk kekal relevan pada masa kini agar ia dapat terus menerapkan nilai-nilai Islam pada masyarakat Islam setempat.



Persatuan Muhammadiyah ini percaya bahawa perubahan itu adalah trend yang sangat penting khususnya dalam menyampaikan mesej mengikut Al-Quran dan sunnah Nabi saw.



"Walaupun ramai jemaah yang rindu menghadiri kelas dan ceramah agama secara fizikal, ramai juga telah dapat menyesuai diri dengan menyertai secara online dan merasa selesa mengikuti dari rumah.



"Oleh itu, kami dapati ia satu keperluan untuk mempertingkat peralatan kami supaya kami dapat memberi pengalaman pembelajaran yang lebih kondusif buat peserta kami," menurut Eksekutif Dakwah Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Khairul Abdullah Kamal.



Kehadiran ramai peserta di dalam talian juga adalah salah satu faktor yang mengakibatkan sumbangan dana kepada Persatuan Muhammadiyah meningkat pada tahun lalu.



Lantaran itu, Muhammadiyah menggalak dan mengundang anggota masyarakat Islam setempat untuk mengikuti mereka di wadah media sosial supaya mereka mudah mendapat kandungan ilmu bermanfaat.



"Masyarakat telah membuktikan bahawa mereka sangat menyokong segala usaha baik yang dijalankan dan diperjuangkan Muhammadiyah, khususnya di waktu pandemik sedang berleluasa. Maka Muhammadiyah mempunyai tanggungjawab menyahut sokongan yang diberikan dengan mempertingkatkan lagi mutu usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan yang kami jalankan agar dapat dimanfaatkan lebih baik oleh masyarakat." menurut Ustaz Md Azri Azman, Presiden Persatuan Muhammadiyah.



Menjelang Februari ini, nantikan pelbagai kandungan menarik melalui wadah di dalam talian Persatuan Muhammadiyah, antaranya seperti sesi perkongsian tentang anak titipan dengan kerjasama Masjid Darussalam melalui Zoom; program The Malam Jumaat Show (TMJS) dan forum dakwah secara online.



Program The Malam Jumaat Show (TMJS), yang baru bermula musim kedua pada November lalu, mengetengahkan perbicaraan tentang isu-isu menarik.



Sebagai contoh, episod pertama TMJS menampilkan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Singapura, Ustaz Fathurrahman M Dawoed, yang berbicara tentang bagaimana ulama dan Mufti menetapkan hukum-hakam agama atau mengeluarkan fatwa berdasarkan tema Netizen dan Pendapat-adab memberi pendapat di media sosial.



Episod ini turut menampilkan wakil dari Jabatan Dakwah dan Unit Komunikasi Korporat dan Pensumberan Persatuan Muhammadiyah.



Menyediakan kemudahan dan peralatan studio yang lebih baik dan menawarkan aplikasi telefon bijak adalah antara usaha Persatuan Muhammadiyah untuk kekal relevan pada masa kini supaya persatuan ini dapat terus menerapkan nilai-nilai Islam pada masyarakat Islam setempat.



Justeru, Persatuan Muhammadiyah mengalu-alukan sokongan yang berterusan dari masyarakat. Sila buat sumbangan ke Tabung PayNow Jumaat, untuk membantu usaha-usaha dakwah Persatuan Muhammadiyah.



Imbas kod QR atau kirimkan PayNow ke UEN S58SS0020C. Ref: Dakwah BH + nombor HP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >