Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian sokongan galak penjaja guna wadah tempahan makanan

Ini untuk bantu penjaja yang terjejas akibat Covid-19 raih lebih ramai pelanggan melalui tempahan dalam talian
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



PENJAJA yang lebih mahir dalam menggunakan teknologi boleh menjadi pembimbing kepada para penjaja yang lain.



Membangunkan rangkaian sokongan ini bagi menggalak lebih ramai penjaja menggunakan wadah tempahan makanan dalam talian merupakan antara saranan yang dibentangkan dalam bengkel Perikatan Untuk Bertindak (AfA) bagi Tempahan Dalam Talian Untuk Penjaja yang diadakan semalam.



Ia merupakan bengkel kedua diadakan oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor dan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How bersama para anggota AfA yang lain yang berkepentingan.



AfA itu dibentuk di bawah gerakan Singapura Bersama bagi membantu penjaja yang terjejas akibat Covid-19 mendapat lebih ramai pelanggan melalui tempahan dalam talian.



"Kita perlu membina rangkaian sokongan tempatan dalam kalangan penjaja bagi membantu mereka menggunakan wadah penghantaran seperti melantik seorang wakil penjaja yang mahir dalam menggunakan teknologi,'' kata Dr Khor.



Dalam pada itu, AfA itu juga ingin memastikan peluang latihan dan pembangunan keupayaan dapat dimanfaatkan oleh para penjaja.



Untuk itu, mereka bercadang memperkenalkan modul singkat seperti melakarkan menu makanan, menguruskan tempahan dalam talian serta mewujudkan poster makanan menarik bagi menarik pelanggan.



"Kami ingin membantu penjaja bukan sahaja mempunyai pengetahuan mengenai wadah tempahan yang berbeza, tetapi juga melengkapi diri mereka dengan pemahaman dan sokongan bagi menarik pelanggan dengan jayanya,'' tambah beliau.



Bagi menarik minat pelanggan, beberapa inisiatif disarankan termasuk bekerjasama dengan kumpulan Persatuan Penjaja bagi memasarkan gerai penjaja termasuk mereka yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi.



Mereka juga ingin menarik masyarakat untuk bekerjasama bagi menganjurkan acara membeli makanan daripada para pegerai dengan jumlah yang banyak.



Masyarakat dan pihak korporat juga boleh bekerjasama bagi menyediakan baucar bagi membeli makanan dan menyokong penjaja.



Afa itu merupakan antara 25 AfA yang telah dibentuk sejauh ini di tengah-tengah pergerakan Singapura Bersama.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat melancarkan Singapura Bersama dengan tujuan bekerjasama dengan semua warga Singapura dan menggalakkan mereka bekerja dengan satu sama lain untuk membentuk masa depan bersama.




"Kita perlu membina rangkaian sokongan tempatan dalam kalangan penjaja bagi membantu mereka menggunakan wadah penghantaran seperti melantik seorang wakil penjaja yang mahir dalam menggunakan teknologi...

...Kami ingin membantu penjaja bukan sahaja mempunyai pengetahuan mengenai wadah tempahan yang berbeza, tetapi juga melengkapi diri mereka dengan pemahaman dan sokongan bagi menarik pelanggan dengan jayanya."

- Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >