Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tebusan dipancung: M'sia, Filipina bentuk pasukan bagi bawa pelaku ke muka pengadilan

Nov 19, 2015 | 11:17 AM



KOTA KINABALU: Malaysia dan Filipina akan membentuk sebuah pasukan petugas bersama untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab memenggal kepala tebusan warga Malaysia, Encik Bernard Then, di Filipina, lapor akhbar New Straits Times pada Khamis (19 Nov).


Ini sedang maklumat lanjut muncul tentang keadaan sekitar kematian Encik Then, seorang jurutera berusia 39 tahun dari Sarawak.


Dalam laporan dalam taliannya, akhbar itu memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai berkata beliau akan pergi ke Manila untuk menyelia secara peribadi perbincangan bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Mesyuarat itu juga akan memberi tumpuan pada cara mengelakkan daripada berulang sebarang ancaman penculikan bagi mendapat wang tebusan serupa yang dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf.


Sementara itu, akhbar The Star melaporkan pada Khamis bahawa perunding yang berusaha untuk membebaskan Encik Then terperanjat apabila Abu Sayyaf menaikkan wang tebusan yang mereka tuntut.


Perjanjian awal ialah 30 juta peso ($903,000) harus dibayar bagi pembebasan beliau bersama seorang lagi tebusan, pengurus restoran Thien Yoke Fun, 50 tahun, tetapi jumlah itu dinaikkan kepada 80 juta peso.


Beliau dipancung pada sekitar 4 petang Selasa (17 Nov) di kubu kuat pedalaman Abu Sayyaf di Pulau Jolo, di wilayah Sulu, selatan Filipina.


The Star melaporkan aktivis antipenculikan berpusat di Jolo, Profesor Octavio Dinampo, berkata pemimpin Abu Sayyaf, Indang Susukan, bersetuju dengan jumlah lebih rendah itu.


Namun, apabila pertukaran kian dekat, pak cik Susukan masuk camapur dan menuntut lebih banyak wang tebusan.


Abu Sayyaf enggan berganjak apabila 30 juta peso dibayar dan membebaskan Cik Thien sahaja pada 8 November.


Sumber lain melaporkan bahawa kumpulan pengganas itu membunuh Encik Then apabila mereka kecewa selepas sebahagian wang tebusan yang mereka dapat bagi Cik Thien dirampas oleh kumpulan militan lain.


Profesor Octavio berkata sebuah karung berisi kepala Encik Then kemudian dilempar ke bandar Jolo, tanda daripada Abu Sayyaf bahawa mereka memandang serius kegagalan membayar wang tebusan itu.


Beliau sendiri pernah menjadi mangsa penculikan Abu Sayyaf.


Dalam satu kenyataan pada Rabu (18 Nov), Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, berkata: "Kami cuba sedaya upaya kami untuk merundingkan pembebasan beliau tetapi malangnya ia tidak menjadi kenyataan."


Encik Then dan Cik Thien diculik dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan, Sabah, pada 14 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >