Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN DANA AMANAH MUSLIMIN (MTFA)

Beri hak pengebumian sempurna kepada yang dilupakan

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Atan (bukan nama sebenar) mempunyai tiga orang anak dewasa, namun dilaporkan telah terputus hubungan dengan ketiga-tiga anak beliau.



Sebelum ini, Encik Atan pernah diisytiharkan sebagai seorang yang papa kedana pada 2014.



Mulai tahun itu, Encik Atan telah menetap di sebuah rumah kediaman di bawah Akta Orang-orang Papa (Destitute Persons Act), sebelum dipindahkan ke rumah orang tua.



Sepanjang berada di kedua-dua pusat berkenaan, beliau tidak pernah menerima sebarang pelawat.



Pada 2019 pula, Encik Atan dimasukkan ke rumah penjagaan lain apabila keperluan penjagaan bertambah, dan beliau tidak mempunyai anggota keluarga untuk menyokong penjagaan yang diperlukan.



Satu lagi kes yang amat memilukan berlaku kepada Encik Borhan (bukan nama sebenar), yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mempunyai sebarang waris.



Oleh itu, jenazah beliau tidak dituntut oleh mana-mana pihak. Apa yang lebih menyayat hati, beliau dilaporkan meninggal dunia sendirian di rumah, sebelum mayatnya dijumpai beberapa hari kemudian.



Selepas laporan diterima, pihak polis terpaksa memecah masuk dan menemui mayat Encik Borhan yang sudah pun reput.



Bagi menyelesaikan urusan pengebumian jenazah Encik Borhan, pegawai siasatan telah membentuk usaha pencarian anggota keluarga selama lebih kurang dua hingga tiga minggu.



Selepas beberapa bulan, akhirnya mayat beliau dikebumikan, sementara anggota keluarganya terus tidak dapat ditemui.



Kes-kes yang disebutkan adalah antara contoh profil yang dikendalikan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA).



Antara perkara utama yang perlu disegerakan selepas seseorang meninggal dunia adalah urusan pengebumian jenazah itu.



Bagi menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah ini, MTFA menguruskan beberapa kes jenazah.



Ini termasuklah urusan jenazah yang dipinggirkan keluarga dan jenazah yang tidak dituntut, melalui perusahaan sosialnya, iaitu Ihsan Casket,



Sejauh ini, Ihsan Casket telah menguruskan pengebumian 122 jenazah dan 1,268 janin yang tidak dituntut.



Menurut Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos, pihaknya akan terus menyempurnakan pengurusan pengebumian sebaik mungkin dan terus bersedia mengambil amanah ini dengan penuh keprihatinan dan keihsanan.



"Kes terbaru yang disebut itu termasuk beberapa jenis profil yang telah disediakan urusan pengebumian secara percuma.



"Hasil daripada pakej pengurusan pengebumian yang kami tawarkan kepada orang ramai, akan kami gunakan untuk membiayai kes-kes pengebumian seperti ini, termasuk orang-orang Islam miskin yang tidak mampu untuk menguruskan pengebumian, orang Islam dalam tahanan dan janin yang tidak dituntut.



"Walaupun individu yang meninggal dunia tidak mempunyai anggota keluarga atau sesiapa sahaja untuk menguruskan pengebumian mereka, Ihsan Casket bersedia mengambil amanah ini dengan penuh keprihatinan dan ihsan,'' jelas Dr Abdul Qader.



MTFA memulakan Ihsan Casket pada 2020 sebagai perusahaan sosial untuk membantu mengumpul dana bagi tujuan pengebumian.



"Sebagai sebuah pertubuhan amal tidak meraih keuntungan, selain bergantung kepada derma orang awam, pendapatan yang dijana daripada perkhidmatan pengebumian, akan digunakan untuk menampung kos pengebumian percuma bagi golongan miskin atau mereka yang kurang bernasib baik.



"Derma orang ramai dan hasil daripada pakej pengebumian ini, akan kami gunakan juga untuk membiayai kos seperti tenaga kerja, logistik, peralatan upacara pengebumian, barangan tanah perkuburan dan pengangkutan.



"Kami memastikan bahawa ibadah terakhir mereka dilakukan dengan penuh bermaruah dan mengikut syariah Islam," jelas beliau lagi.




UNTUK MENYUMBANG 



Kunjungi laman web mtfa.org/donation untuk memberi sumbangan.



Penderma juga amat dialu-alukan untuk langsung ke pejabat MTFA di 5, Mattar Road, Singapura 387713.



Orang ramai juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan ini untuk membuat sumbangan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >