KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Malaysia, Datik Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pada Isnin (19 Okt) beliau akan membentangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas menerima pengesahan daripada parti gabungan Pakatan Harapan baru.
Dr Wan Azizah berkata usul yang dikemukakan oleh Encik Lee Hoy Sian, seorang ahli parlimen beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada Sabtu lepas akan ditarik balik.
"Selepas mesyuarat majlis Pakatan Harapan, kami bersetuju untuk menyerahkan usul tidak percaya terhadap Najib.
"Ia dalam bentuk Rang Undang-Undang Ahli Persendirian dan dijangka dibentang dalam tempoh sidang sekarang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis itu di Parlimen pada Isnin.
Pakatan Harapan dianggotai PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan sebuah parti baru, Parti Amanah Negara.
Dr Wan Azizah turut mengumumkan pelantikan Datuk Saifuddin Abdullah, mantan timbalan menteri pendidikan yang baru-baru ini meninggalkan Umno dan menyertai PKR, sebagai ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan.
Sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada tiga ahli daripada setiap pihak pembangkang akan dibentuk bagi merangka dasar bersama pakatan tersebut. - The Star/Asia News Network