Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Warga sanggup bayar lebih demi bantu pekerja gaji rendah

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



KEBANYAKAN warga Singapura yang didekati Berita Minggu (BM) berkata mereka sanggup membayar lebih untuk membantu pekerja bergaji rendah (LWW).



Namun, mereka berharap kenaikan harga bagi barangan atau perkhidmatan yang perlu ditanggung pelanggan adalah berpatutan dan setimpal dengan kenaikan gaji LWW.



Anak seni, Encik Muhammad Nurman Selamat, 27 tahun, berkata beliau tidak keberatan mengeluarkan lebih sedikit daripada kocek sendiri untuk membantu pekerja-pekerja bergaji rendah seperti tukang bersih di pusat penjaja.



"Kita selalu melihat pak cik dan mak cik yang sudah berumur bekerja keras di pusat-pusat penjaja.



"Saya tidak keberatan membayar tambahan sekurang-kurangnya 50 sen bagi minuman yang saya beli," katanya.



Seorang lagi yang dihubungi BM yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Sakina berkata beliau tidak keberatan membayar lebih "jika ia bermakna membantu pekerja bergaji rendah".



"Saya akan rasa senang dan gembira apabila dapat membantu meringankan beban kewangan mereka," tambahnya sambil berkata beliau sanggup membayar sehingga maksimum $1 lebih.



Bagi Encik Mohd Riduwan, 37 tahun, pula, beliau sanggup membayar lebih untuk membantu menambahkan gaji LWW kerana ia seakan-akan "motivasi" bagi para pekerja ini.



Jurutera rangkaian itu berkata: "Motivasi bagi pekerja akan bertambah dan ini menambah kepada kebahagiaan dan sikap positif mereka.



"Ia juga akan membawa kepada kehidupan yang lebih bahagia bagi mereka kerana mereka tidak perlu lagi bimbang tentang sama ada gaji mereka cukup setiap hujung bulan."



Isu pendapatan lebih tinggi bagi LWW disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan 2021 Ogos lalu.



Encik Lee berkata kos gaji lebih tinggi LWW perlu dikongsi yang bererti majikan perlu menyerap sebahagian kos gaji tambahan.



Meskipun pemerintah akan membantu majikan dengan sokongan peralihan, perniagaan akan tetap perlu mengalihkan sebahagian kos mereka kepada pelanggan.



Dalam ucapannya, Encik Lee berkata:



"Oleh itu, kita semua, sebagai pengguna, perlu memainkan peranan.



"Bayar lebih sedikit bagi beberapa barang kegemaran kita, seperti 'bubble tea' atau 'bak chor mee', untuk membantu kedai menampung kos pembersihan dan pengumpulan sampah dan pembersihan lebih tinggi."



Namun, terdapat juga sebahagian warga Singapura yang berasa perniagaan patut melakukan lebih dan bukan mengharapkan pelanggan menanggung beban peningkatan gaji LWW.



Berkongsi pandangannya, Cik Dian A.K., 28 tahun, pegawai perkhidmatan awam memberitahu BM:



"Perniagaan-perniagaan besar ini sepatutnya mengurangkan keuntungan mereka... ada di antara mereka yang mempunyai margin keuntungan yang begitu besar.



"Kos (peningkatan gaji LWW) tidak seharusnya ditanggung pengguna berpendapatan sederhana yang melanggan kedai-kedai makanan dan minuman ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >