Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN ENCIK MASAGOS SERTA LIMA PEMEGANG JAWATAN POLITIK MELAYU/ISLAM

Lagi tiga M³@Bandar baru tahun depan

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



TIGA M³@Bandar baru akan ditubuhkan tahun depan sedang rangkaian itu terus mendekati masyarakat dan penduduk menerusi programnya.



Mengumumkan demikian, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman yang juga berperanan menerajui M³@Bandar berkata M³@Geylang Serai, M³@Bishan-Toa Payoh dan M³@Jalan Besar akan dibentuk awal tahun depan.



M³@Geylang Serai akan diterajui Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



M³@Bishan-Toa Payoh pula akan diterajui Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, manakala M³@Jalan Besar akan diterajui AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria.



Dengan tambahan tiga M³@Bandar itu, ini bermakna akan terdapat 11 M³@Bandar secara keseluruhan kelak.



Terdapat lapan M³@Bandar sekarang ini, iaitu di Tampines, Pasir Ris-Punggol, Bedok, Chua Chu Kang, Jurong, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon dan Woodlands.



Estet tersebut dipilih berdasar bilangan penduduk Melayu yang lebih tinggi di sana.



"Terdapat keperluan unik masyarakat Melayu/Islam di kawasan baru ini.



"Kami harap infrastruktur dan program yang sedia ada di bawah M³ sekarang dapat dimanfaatkan buat penduduk Muslim di bandar itu," kata Dr Maliki.



Menurut Encik Fahmi, M³@Geylang Serai akan dilancarkan pada 23 Januari, sempena ulang tahun kedua Wisma Geylang Serai.



Beliau turut menggariskan tiga teras utama M³@Geylang Serai iaitu menggalak sebuah masyarakat yang penyayang, pembelajaran sepanjang hayat dan kehidupan sihat.



"Kami akan menjalankan penilaian keperluan, berkunjung ke rumah penduduk serta memahami keprihatinan mereka sebelum mengendalikan program untuk tanganinya," ujar Encik Fahmi.



Tambahnya, mereka juga akan bekerjasama dengan Mendaki Sense, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk menghubungkan penduduk dengan peluang pekerjaan.



Selain menggalak gaya hidup aktif di kalangan penduduk, Encik Fahmi berkata mereka juga merancang persembahan budaya dan bakat setempat kepada penduduk.



M³ merupakan inisiatif utama Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sejak menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Mei 2018.



Inisiatif tersebut mendukung visi Masyarakat Gemilang, yang beliau bicarakan buat kali pertama dalam ucapannya di majlis perjumpaan Hari Raya tahun lalu.



Masyarakat Gemilang dalam konteks Melayu Singapura, menurut Encik Masagos, berpandukan tiga ciri penting iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan.




"Terdapat keperluan unik masyarakat Melayu /Islam di kawasan baru ini.

"Kami harap infrastruktur dan program yang sedia ada di bawah M³ sekarang dapat dimanfaatkan buat penduduk Muslim di bandar itu.''

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri.




"Kami akan menjalankan penilaian keperluan, berkunjung ke rumah penduduk serta memahami keprihatinan mereka sebelum mengendalikan program untuk tanganinya.''
- Encik Mohd Fahmi Aliman, Mayor CDC South East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >