Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Adat: Di sebalik sirih dara dan potong andam

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



"KENAPA orang Melayu obsessed sangat nak tahu perempuan tu dara atau tidak?" tanya saya di meja makan beberapa bulan lalu.



Masih ingat lagi kami sekeluarga ketika itu sedang membincangkan dari mana hendak menempah sirih dara dan sirih junjung bagi majlis pernikahan dan persandingan saya yang baru sahaja berlangsung.



Ibu dan Ayah mengingatkan tentang perlunya ada kedua-dua sirih dara dan sirih junjung, serta bunga pahar di pelamin nanti.



Penting, kata mereka, itu adat orang Melayu.



Saya lalu Google (dan menyemak arkib Berita Harian) - makna dan lambang di sebalik semua itu.



Sirih dara disiapkan pihak pengantin perempuan sebagai tanda pengantin masih dara, sementara mempelai lelaki pula menyiapkan sirih junjung, tanpa menentukan sama ada lelaki itu bujang atau duda, menurut arkib kami.



Mengikut tradisi Melayu, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada sirih dara daripada pihak pengantin perempuan.



Ini untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab lelaki itu sebagai ketua keluarga.



Habis baca tentang sirih dara, beralih pula saya kepada tradisi andam-mengandam.



Menarik juga pelajari sebab musabab di sebalik adat resam yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu.



Banyak pengetahuan baru yang saya raih, banyak juga yang saya persoalkan.



Amalan potong andam misalnya, bertujuan 'mencantikkan' pengantin perempuan dengan memotong atau mencukur rambut dari wajah atau tubuhnya.



Mak andam kemudian akan melihat potongan rambut itu dan dikatakan dapat menentukan sama ada bakal pengantin itu masih dara atau bukan.



Errr...?



Mujurlah adat ini sudah hampir tidak diamalkan lagi selepas agama Islam lebih kuat dipegang masyarakat Melayu.



Dari sirih dara hingga potong andam, semakin banyak saya baca, semakin kerap saya terfikir kenapa orang Melayu begitu taksub dengan kedaraan seorang perempuan dan pada masa yang sama tidak mengendahkan tentang 'keperawanan' orang lelaki.



Kadang-kadang sampai jadi perbincangan hangat antara saya dan adik perempuan saya dengan ibu dan ayah kami tentang hal ini.



Bukan apa...bukannya kami feminis atau benci kaum Adam - sama sekali tidak - hanya setakat mempersoal secara intelek...



BANGGA KEKALKAN TRADISI



Membuat persiapan bagi majlis pernikahan dan walimah telah membuka mata saya terhadap keindahan budaya Melayu.



Sebanyak mungkin, saya mahu juga selitkan adat dan tradisi ini dalam majlis saya.



Beberapa hari sebelum nikah, sempat juga segelintir anggota keluarga singgah ke rumah kami, sama-sama bergotong-royong membuat persiapan - daripada meracik daun dan bunga bagi bunga rampai sehinggalah membungkus berkat bagi tetamu.



Walaupun tidak ramai saudara-mara yang terlibat dek sekatan lawatan disebabkan pandemik Covid-19, semuanya kami buat sendiri secara 'in house' barulah terasa meriahnya orang nak buat kerja kahwin!



Di majlis persandingan kami pula, kod pakaian baju kurung atau kebaya dan baju Melayu telah ditetapkan bagi para jemputan.



Selesai walimah beberapa hari, kedua-dua belah ibu bapa kami menasihati saya dan suami untuk bertandang - suatu tradisi yang saya hargai kerana bukan sahaja ia mengenalkan kami kepada saudara-mara baru, malah turut merapatkan silaturahim antara keluarga.



Meskipun tidak semua adat resam perkahwinan kita disisipkan dalam majlis saya, saya gembira sekurang-kurangnya sebagai anak Melayu, dapat juga saya kekalkan kebanyakan aspek budaya kita yang penuh dengan simbolisme dan makna tersirat.



Mungkin seperti saya telah mempersoal pelbagai cara dan keperluan tradisi perkahwinan Melayu, anak dan cucu saya juga akan mempersoalkannya bila tiba masa mereka berkahwin kelak.



Rasanya, saya tidak akan mempunyai jawapan dan penjelasan bagi kesemua pertanyaan mereka itu.



Namun, yang pasti saya harap setidaknya, seperti saya, mereka juga dapat melihat dan menghargai budaya kita yang kaya dengan kehalusan dan kesantunan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >