Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

AI bermanfaat tetapi bukan penentu dalam melabur

Sep 10, 2023 | 05:31 AM



Sudah 10 bulan sejak pelancaran ChatGPT mencetuskan ‘kegilaan’ tentang kecerdasan buatan (AI).

Masyarakat masih belum dapat membuat kesimpulan tentang bagaimana AI akan menjejas kehidupan.

Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan terdapat percanggahan ideologi: Sekitar separuh responden Singapura berkata mereka takut akan AI.

Lagi separuh pula berkata ia akan membantu merangsang ekonomi Singapura.

Mereka yang betul-betul teruja tentang AI lebih ghairah dan melihat AI sebagai ‘lebuh raya’ kepada kekayaan meluas: ledakan dot-com yang seterusnya.

Jadi, mana satu situasi yang betul?

Jawapan saya: Bukan salah satu daripada ideologi itu dan juga kedua-duanya.

AI mewakili kedua-dua peluang dan risiko.

Namun, hakikatnya lebih suram dan dicirikan nuansa halus.

AI mewujudkan bayangan visi futuristik robot, baik dan jahat; cerita liar yang memberi harapan, ketamakan dan ketakutan.

Saya panggil ini “FEAR”, singkatan bagi False Evidence Appearing Real (Bukti Palsu yang Muncul Nyata).

AI secara umumnya merangkumi algoritma yang telah belajar menjana teks, gambar, video, kod atau keluaran lain, berdasarkan lautan data yang diserap melalui pemprograman sebelum ini.

ChatGPT dan model bahasa besar lain merupakan AI generatif, yang mengeluarkan respons hampir seperti manusia bagi arahan mudah (simple prompts).

Ia tampak bijak, namun hakikatnya, ia sekadar ‘memuntahkan’ pemprograman yang dilakukan sebelum ini.

Kebimbangan terhadap AI adalah pelbagai.

Antara kebimbangan hari ini termasuk:

- Deepfake, iaitu media AI yang disunting secara digital untuk mengubah kata-kata atau perbuatan seseorang;

- Penipuan pencurian identiti menggunakan suara diklon AI dan maklumat peribadi dicuri;

- Keprihatinan keselamatan siber; dan

- ‘Bubble’ (kitaran ekonomi yang dicirikan oleh peningkatan pesat nilai pasaran) dalam pasaran pelaburan didorong AI yang didakwa.

Di Amerika, seorang pegawai keselamatan siber memberi amaran bahawa AI merupakan satu perkara yang berpotensi memupuskan manusia.

Rangka Kerja Tadbir AI Model dan alat ujian AI Verify Singapura tidak dapat memadamkan kebimbangan sedemikian, sedang pegawai menjauhkan diri daripada peraturan AI rasmi.

Sementara itu, mereka yang tertumpu pada AI akan menyatakan bahawa teknologi itu akan menyelamatkan dunia – menyarankan sebuah masa depan utopia dan keuntungan pelabur awal yang besar.

Kedua-dua pihak harus memperlahankan hujah mereka.

Sebagai permulaan, mereka yang percaya pada ‘bubble’ pelaburan AI juga mengakui pulangan AI tidak sepanas ‘bubble’ masa lalu.

Ada yang berkata landas lariannya sudah pun berakhir.

Jika demikian, ia bukan ‘bubble’.

Impak sosial AI – sama ada pekerjaan, privasi, keselamatan, kuasa Big Tech atau perkara lain – tidak dapat diketahui sepenuhnya.

Perkara baik boleh berlaku. Atau buruk. Atau kedua-duanya!

AI juga mungkin akan lenyap dalam beberapa tahun mendatang, menjadi hambar seperti kereta pandu sendiri atau cetakan 3D di rumah sepanjang dekad lalu yang pernah digembar-gemburkan.

Walau apa pun, masa depan AI akan berkembang dengan perlahan.

Penggunaan teknologi bergerak tanpa diduga selama bertahun-tahun sambil menimbulkan isu sampingan bagi saham, yang memberi tumpuan pada pendapatan kira-kira tiga hingga 30 bulan, bukan masa depan yang jauh.

Penipuan AI semasa menimbulkan beberapa risiko segera, namun sentiasa akan ada potensi bahaya yang menanti.

Potensi peraturan global adalah risiko pasaran yang lebih luas, bahkan peraturan yang bertujuan baik juga boleh membawa akibat yang tidak diingini.

Bagaimana pula dengan magis ekonomi dan pasaran AI yang dikatakan?

Keghairahan terhadap AI telah membantu memacu kenaikan 35.9 peratus saham teknologi global setakat ini.

Semikonduktor – penting untuk pembangunan AI – menerajui peningkatan teknologi, melonjak 62.3 peratus.

Namun, kepimpinan teknologi 2023 tidak terutamanya dipacu AI.

Ia lebih bergantung pada pertumbuhan bermutu dan pelepasan daripada kemerosotan besar 2022.

Pertimbangkan: Pertumbuhan global yang lembap – seperti pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) suku kedua tahunan Singapura 0.3 peratus yang hampir tidak positif – mengekalkan kebimbangan kemelesetan, yang diburukkan lagi dengan data ekonomi China yang semakin lemah.

Saham pertumbuhan sebenar dalam semua keadaan jarang berlaku, oleh itu pelabur telah membidanya secara besar-besaran.

Teknologi yang terikat dengan AI adalah sebahagian daripada itu, tetapi belum ada yang menjejas perubahan besar.

Setelah meninjau ratusan syarikat, saya boleh katakan kegunaan praktikal semasanya adalah biasa: keuntungan kecekapan daripada mengautomasikan tugasan berulang, pengurangan kos dan kebolehan pemasaran.

Kajian menunjukkan kebolehan pengekodan dan pengiraan ChatGPT sebenarnya semakin teruk.

Versi yang lebih baru sering gagal menjawab soalan matematik asas.

Bahkan, AI bukanlah sesuatu yang baharu.

Syarikat permulaan, atau startup, teknologi yang mengejar AI menarik modal teroka selama bertahun-tahun sebelum ChatGPT.

Syarikat teknologi besar menggunakan bahagian yang menguntungkan untuk memberi subsidi bagi penyelidikan dan pengembangan AI – memberikan kelebihan berbanding kebanyakan syarikat permulaan kecil.

Kuasa pengkomputeran yang diperlukan untuk melatih sistem ini adalah besar, dan sangat mahal.

Pemain besar dalam cip, sofwe, analitik data dan carian menguasai AI.

Taiger, sebuah syarikat permulaan AI yang disokong oleh syarikat pembangun permulaan milik pemerintah Singapura SGInnovate, menutup ibu pejabatnya di Singapura tahun lalu.

Pemain tulen AI adalah sedikit, dan percubaan untuk memilih pemenang jangka panjang adalah bodoh – seperti yang ditunjukkan Taiger.

Membelinya sekarang bermakna meneka margin syarikat permulaan manakah yang akan memberi justifikasi bagi penilaian premium.

Tiada siapa yang boleh melakukannya dengan tepat.

Kebanyakannya adalah syarikat swasta – aset tidak cair (illiquid) dengan penilaian yang tidak jelas.

Jangan tunduk kepada “ketakutan” semasa melabur.

Sama ada AI mencetuskan keghairahan, kebimbangan, perasaan bercampur aduk atau berubah-ubah, fikirlah dengan jelas dan logik.

Pendedahan kepada AI mungkin bermanfaat, tetapi jangan jadikan ia sebagai faktor penentu dalam memiliki atau mengelakkan saham atau sektor.

Pelaburan yang pintar bermakna mencari pertumbuhan bermutu tinggi terlebih dahulu – di dalam dan di luar negara.

Itulah matlamat keseluruhannya. AI hanyalah ‘pemanisnya’.

Penulis ialah pengasas, pengerusi eksekutif dan ketua pegawai pelaburan bersama Fisher Investments, sebuah syarikat penasihat pelaburan bebas yang berkhidmat untuk pelabur individu dan institusi di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >