Aktiviti fizikal paling utama dalam senarai faktor halang kemerosotan kemahiran kognitif
Premium
Aktiviti fizikal paling utama dalam senarai faktor halang kemerosotan kemahiran kognitif
Sep 19, 2022 | 5:30 AM

-
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerbitkan peraturan pertama berhubung pencegahan dan pengurusan penyakit demensia, atau nyanyuk, meletakkan aktiviti fizikal di tempat teratas dalam senarai cadangan menghalang kemerosotan kemahiran kognitif (perkara melibatkan aktiviti intelek sedar (seperti berfikir, menaakul, atau mengingat).
Laporan WHO bertajuk 'Pengurangan risiko kemerosotan kognitif dan demensia' antara lain mencadangkan supaya individu berisiko berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan mengelak pengambilan arak yang menjejaskan.

