Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aneh... tiba-tiba hilang pendengaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Aneh... tiba-tiba hilang pendengaran

Jul 08, 2019 | 05:30 AM



LAHIRNYA normal.



Namun pendengaran Cik Latifah Mohd Akbar, 56 tahun, mula terjejas secara progresif ketika usianya menjangkau 10 tahun.



Pada usia 20an tahun, deria pendengaran pada kededua belah telinganya terjejas teruk secara tiba-tiba.



Mujur baginya, meskipun telinga kanannya masih dapat dibantu alat pendengaran, telinga kirinya langsung tidak dapat mendengar.



"Saya tak pasti apa yang berlaku.



"Saya cuma tahu ketika itu saya perlu makan banyak ubat. Tahu-tahu sahaja, lama kelamaan pendengaran saya terjejas," kata pekerja pembersihan itu lagi.



Cik Latifah yang telah berkahwin tapi tidak mempunyai anak menghidap sejenis penyakit aneh yang menyebabkan pendengarannya hilang secara progresif sejak dewasa.



Menurut Konsultan Kanan di Jabatan Otorhinolaringologi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Ho Eu Chin, penyakit yang dialami Cik Latifah itu amat aneh.



"Beliau menghidap masalah hilang pendengaran yang teruk meskipun dilahirkan tanpa masalah itu.



"Kami tidak tahu punca sebenarnya tapi mungkin beliau mempunyai genetik yang menyebabkannya hilang pendengaran.



"Keadaannya aneh dan beliau kemudian menjalani implan 'cochlear' pada 2003.



"Hanya satu peratus yang akan menghidap hilang pendengaran yang teruk sekali sehingga memerlukan implan "cochlear".



"Yang lain meraih manfaat hasil daripada alat pendengaran," katanya.



Antara simptom yang dialami sebelum dirawat termasuk sukar mendengar dan berkomunikasi dengan sesiapa dan Cik Latifah juga menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan sebelum dirawat, kata Dr Ho lagi.



Di Singapura, dianggarkan seorang daripada setiap 1,000 bayi yang dilahirkan dengan masalah pendengaran yang teruk sehingga memerlukan implan "cochlear" semasa masih bayi.



"Sekiranya mereka tidak menerima implan tersebut lebih awal, mereka tidak akan dapat belajar mendengar atau berbual," tambah Dr Ho.



Hasil alat bantuan pendengaran yang dipakai sejak betahun lamanya, Cik Latifah berkata beliau boleh mendengar lebih jelas ketika dalam kawasan sunyi, tapi menghadapi kesukaran apabila dalam kawasan yang bising.



"Kalau berbual dengan sesiapa pun saya perlu dengar dengan teliti, dan meminta individu yang berbual dengan saya agar bercakap lebih kuat pada saya. Tapi tidak terlalu kuat.



"Yang pasti alat pendengaran banyak membantu saya mendengar semasa berbual dengan sesiapa," jelasnya lagi.



Cik Latifah berkata beliau biasanya akan membuka alat pendengaran itu ketika sebelum tidur dan memastikan ia dicaj selama tiga jam untuk digunakan keesokan harinya.



Cik Latifah akur deria pendengaran juga sama penting dalam kehidupan manusia, bagi memastikan keselamatan semasa di kawasan luar rumah.



"Ia dapat menambah kualiti kehidupan si pesakit.



"Bayangkan bila seseorang itu tidak dapat mendengar, keselamatannya terutamanya semasa di jalan raya juga boleh terjejas.



"Bimbangnya tak dengar ada kenderaan berdekatan sedang bergerak. Tapi kalau dibunyikan honnya, saya pasti boleh dengar," ujarnya.



Satu lagi isu sosial yang boleh timbul ialah beliau tidak menjawab panggilan seseorang yang mengenalinya.



Bukan kerana sombong, tapi kerana deria pendengaran yang kurang.



"Saya bukan enggan jawab atau menyapanya, tapi memang tidak dengar bila dipanggil dengan suara yang perlahan," jelas Cik Latifah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >