Atur majlis walimatul urus lebih kecil selepas langkah pemutus litar diumum
Premium
Atur majlis walimatul urus lebih kecil selepas langkah pemutus litar diumum
Apr 13, 2020 | 5:30 AM
MAJLIS KECIL: Majlis pernikahan Cik Khadijah Kamarulzaman dan Encik Basyir Firdaus yang dilaksanakan di rumah dengan jumlah tetamu tidak melepasi 10 orang pada 5 April lalu. Namun selepas langkah jarak selamat diperketatkan, majlis seperti ini tidak lagi dibenarkan.- Foto oleh ihsan KHADIJAH KAMARULZAMAN -
WALAU kad jemputan telah dikirim kepada ramai teman dan saudara mara, keselamatan dan kesihatan tetap menjadi keutamaan.
Dua hari sebelum mereka bernikah, langkah 'pemutus litar' telah diumumkan bagi mengekang wabak virus Covid-19, sekaligus memaksa pasangan yang akan digelar suami isteri pada ketika itu membuat aturan majlis kecil dalam sehari.


