Badan kebajikan sukarela rancang jalankan kajian tentang kesuburan
Premium
Badan kebajikan sukarela rancang jalankan kajian tentang kesuburan
Oct 3, 2018 | 5:30 AM
PAMERAN KESUBURAN: Pameran anjuran I Love Children (ILC) di pusat beli-belah Hillion Mall baru-baru ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang isu kesuburan, kewangan dan hal keseimbangan kerja-kehidupan. - Foto I LOVE CHILDREN -
PERTUBUHAN kebajikan sukarela, I Love Children (ILC), baru-baru ini mengumumkan rancangan menjalankan kajian tentang kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura yang rendah.
Ini menyusuli laporan penduduk tahunan yang dikeluarkan minggu lalu, yang antara lain menunjukkan bahawa TFR Singapura jatuh ke paras terendah 1.16 dalam tempoh tujuh tahun, tahun lalu.

