Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bajet Tambahan: Bantuan perlu pandang dekat dan jauh

Mar 25, 2020 | 10:03 AM



PEMERINTAH dijangka mengumumkan pakej bantuan kedua bagi membantu menangani kesan penularan Covid-19, satu langkah yang diharap akan memberi kelegaan kepada semua.



Mudah-mudahan, akan ada sesuatu bagi segenap lapisan warga, kerana semua terjejas dengan kemelut ini, secara langsung atau tidak langsung.



Bagi yang mempunyai pekerjaan, atau menjalankan perniagaan yang tidak terlalu terjejas, golongan ini juga gusar akan apa yang bakal mendatang, kesan daripada Covid-19 ini.



Setidak-tidaknya pun, mereka juga terkesan apabila melihat sekeliling mereka, ramai yang terjejas.



Pengusaha kecil, seperti ejen pelancongan yang hanya bergantung pada satu-satu pasaran saja, pasti berasakan kesakitan apabila pasaran itu terjejas.



Bergantung hanya pada satu sumber pasaran membawa risiko besar. Cara yang baik ialah mempelbagaikan sumber dan saluran perniagaan, tetapi ini tidak mudah tanpa skala ekonomi. Apa yang jelas ialah Covid-19 menjejas banyak pihak.



Malah syarikat besar seperti SIA terjejas teruk.



Pada peringkat pekerja pula, antara segmen yang terjejas ialah golongan yang mencari rezeki dalam apa yang disebut sebagai ekonomi gig, contohnya pemandu Grab, golongan pekerja yang tanpa CPF, termasuk mereka yang perlu membayar ansuran flat.



Memang ada industri yang dapat berkembang dalam tempoh ini, seperti usaha niaga dalam bidang persidangan video dan sebagainya, namun seperti yang disebut awal tadi, ekonomi kesemuanya saling berkait, pasaran yang lumayan saling memerlukan satu sama lain.



Covid-19 menimbulkan masalah rumit yang menjejas setiap orang.



Namun ujian ini mentakrif kita semua. Walaupun selepas berlalunya cabaran ini kelak, kelaziman baru akan menjadi sebahagian hidup kita, seperti amalan kebersihan, termasuk cara kita melakukan ibadah. Kita terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan, yang sebenarnya merupakan perkara yang baik dilakukan.



Seperti kata seorang pengamat: Lihat saja sesudah insiden 9/11, kita telah menyesuaikan diri dengan kelaziman baru, antaranya ialah melalui lebih banyak pemeriksaan keselamatan. Oleh itu, kita perlu melihat perkara-perkara daripada dua sudut iaitu jangka pendek dan jangka panjang.



Mungkin ada langkah yang menimbulkan keperitan. Namun, seperti kata peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.



Adalah diharap langkah-langkah bantuan akan dapat segera meredakan kesakitan, di samping menangani keperluan jangka panjang.



Sebahagian bantuan mungkin lebih baik disampaikan langsung kepada mereka yang paling memerlukannya. Ia lebih cepat. Ia seperti ketika anda mengalami sakit kepala, anda mengambil paracetamol untuk segera melegakan sakit. Ini akan amat dialu-alukan.



Pada masa yang sama, mesti ada bahagian kedua yang paling penting iaitu bantuan bercorak jangka panjang. Sebagai contoh, pekerja ekonomi gig, yang hanya bergantung pada “ada kerja, ada gaji”, apakah corak bantuan jangka panjang yang akan disalurkan kepada mereka, terutama dari segi meningkatkan kemahiran?



Bagaimanakah corak bantuan yang akan diberikan dalam jangka panjang? Strategi bantuan kita juga pastinya mengambil kira keadaan global.



Misalnya, sebaik mana pun syarikat kita, seperti SIA, ia akan terjejas jika keadaan dunia dalam kepayahan, seperti ketika ini. Kita mungkin cekap dari segi membendung penularan atau tangkas dalam apa yang kita lakukan, namun kita juga terdedah pada keadaan dunia.



Hanya apabila semua ini dapat dilaksanakan, kita sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa depan, meski setelah Covid-19 ini berakhir.



Penulis Editor Berita Harian/Berita Minggu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >