Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bantu perkasa warga bina daya tahan, tangani isu kesihatan mental

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Isu kesihatan mental wajar diberi perhatian berterusan memandangkan ia merupakan antara cabaran utama yang dihadapi warga khususnya golongan muda.

Di Parlimen baru-baru ini, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria, mengemukakan soalan tentang langkah yang sedang diambil pemerintah untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kesihatan mental di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Beliau merujuk kepada trend bunuh diri yang kekal sebagai punca utama kematian dalam kalangan warga muda berusia 10 hingga 29 tahun.

Terdapat beberapa perangkaan lain yang turut mencetus keprihatinan kepada isu tersebut.

Kajian Epidemiologi dan Daya Tahan Belia yang diketuai Universiti Nasional Singapura (NUS) mendedahkan bahawa kira-kira satu pertiga daripada remaja Singapura melaporkan simptom kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan kesunyian, tetapi hanya satu daripada 10 ibu bapa dapat mengenal pasti gejala ini pada anak-anak mereka.

Tinjauan syarikat insurans AIA pula menunjukkan tiga daripada lima pelanggan Singapura yang ditinjau melahirkan kebimbangan tentang isu kesihatan mental.

Satu dalam lima pelanggan berusia 35-44 tahun pula mengaku mengalami kemurungan.

Antara cabaran utama yang membelenggu isu kesihatan mental ialah simptomnya yang sering ‘tersembunyi’.

Mereka yang mengalami isu kesihatan mental adakalanya enggan menerima keadaan dan tidak selesa mendapatkan bantuan.

Banyak usaha yang telah diperkenalkan pemerintah demi menangani hal tersebut, khususnya di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Isu kesihatan mental misalnya merupakan salah satu ciri utama dalam kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan, yang dilaksanakan dari sekolah rendah hingga peringkat prauniversiti.

Penuntut institusi pengajian tinggi pula berupaya memanfaatkan pelbagai program dan kegiatan kesejahteraan mental termasuk modul dan bengkel kesejahteraan mental.

Melalui pelajaran dan program ini, pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran asas seperti peraturan emosi dan membezakan tekanan biasa daripada kesusahan atau penyakit mental. Ini supaya mereka lebih berupaya menangani cabaran dan kekal berdaya tahan.

Selain pendidik di sekolah, penglibatan setiap lapisan masyarakat juga penting.

Masyarakat perlu berusaha lebih gigih mengurangkan stigma terhadap mereka yang menghadapi masalah mental.

Ibu bapa di rumah serta majikan dan penyelia di tempat kerja juga berperanan.

Ibu bapa misalnya wajar mempunyai keupayaan mengesan dan mengenal pasti tanda-tanda kesusahan dan gejala penyakit mental, serta cara memberikan sokongan awal kepada anak-anak mereka. 

Begitu juga di tempat kerja.

Selain menyediakan sekitaran kerja yang sejahtera, majikan juga boleh melaksanakan skim pendamping atau pembimbing agar setiap pekerja mempunyai saluran meluahkan perasaan.

Juga penting meningkatkan pengetahuan tentang sumber yang tersedia untuk membantu mereka yang menghadapi tekanan mental.

Menangani isu kesejahteraan mental memerlukan pendekatan pelbagai aspek yang melibatkan pendidikan, sistem sokongan, perkhidmatan yang mudah diakses dan peralihan sikap masyarakat terhadap kesihatan mental.

Dengan melaksanakan strategi sedemikian, individu, pertubuhan dan masyarakat secara keseluruhan boleh menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan mental.

Paling pokok, sebelum kita boleh mencari huraian bagi sesebuah masalah, kita perlu akur bahawa masalah itu wujud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >