Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BTO atau flat jualan semula? Flat Standard atau Plus?

Pasangan muda harus buat pertimbangan sendiri...
Sep 10, 2023 | 06:00 AM



Satu keprihatinan utama bagi pasangan muda ialah pembelian rumah.

Patutkah mereka menunggu tiga hingga lima tahun untuk membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) atau adakah mereka memilih flat jualan semula yang boleh diperolehi dengan pantas?

Harga flat jualan semula juga bukan murah. Setelah membeli flat itu, ada juga yang bimbang perlu mengeluarkan ribuan duit lagi bagi mengubah elok rumah.

Jadi, apakah menjadi pilihan mereka? Bagaimana mereka harus buat pilihan? Tepuk dada, tanya selera.

Selain kemampuan kewangan, pasangan juga harus pertimbangkan banyak faktor termasuk lokasi dan sama ada mereka ingin tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan klasifikasi baru bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru yang akan berkuat kuasa pada separuh kedua 2024.

Estet perumahan tidak akan lagi disenaraikan sebagai ‘matang’ atau ‘belum matang’. Sebaliknya, BTO akan diklasifikasikan sebagai Standard, Plus atau Prime, dengan syarat-syarat penjualan semula ditetapkan bagi setiap jenis perumahan.

Projek flat jenis Plus akan terletak di lokasi yang lebih menarik seperti berhampiran dengan kemudahan dan stesen MRT. 

Ini berbanding dengan Flat Prime yang berdekatan dengan kawasan bandar, manakala kebanyakan flat baru HDB yang merupakan Flat Standard.

HDB akan memberikan lebih banyak subsidi untuk flat Plus dan Prime, melebihi subsidi yang diberikan untuk flat jenis Standard. 

Ini akan menyederhanakan harga flat-flat itu agar lebih dimampui oleh lebih ramai keluarga.

Tetapi untuk memastikan skim yang adil, HDB mengenakan syarat penjualan lebih ketat.

Misalnya, flat Plus dan Prime dikenakan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) selama 10 tahun, berbanding lima tahun bagi BTO Standard.

Jadi, pasangan muda yang ingin menimbangkan flat Plus atau Prime harus jelas dengan syarat ini.

Flat-flat itu menawarkan kemudahan seperti dekat dengan bandar dan MRT tetapi pasangan harus sedar bahawa mereka tidak boleh menjual flat itu dalam tempoh 10 tahun jika misalnya mereka ingin menukar flat untuk tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka atau ingin memilih sekolah bagi anak mereka.

Tempoh 10 tahun adalah tempoh yang lama jadi, pastikan pasangan memikir dan merancang secara mendalam mengenai masa hadapan mereka.

Seperti kata Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, dalam episod podcast #NoTapis Berita Harian (BH) baru-baru ini: “Jika mereka ingin pindah atau keluarga mereka membesar dengan cepat, mereka perlu memikirkan bagaimana ia akan memberi kesan kepada mereka.’‘


Klasifikasi baru itu diperkenalkan bagi memberi keadilan kepada pembeli, termasuk pasangan muda, untuk mendapatkan rumah di lokasi pilihan mereka pada harga yang dimampui dengan subsidi yang diberikan.

Jika dibiarkan kepada pasaran, harga flat di Kawasan Pusat Bandar (CBD) atau The Pinnacle@Duxton dan Bayshore pastinya akan terus melambung tinggi.

Perangkaan yang dikeluarkan gerbang hartanah SRX pada Khamis (7 September) menunjukkan sebanyak 54 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dijual pada harga lebih $1 juta dalam pasaran jualan semula pada Ogos, naik dari 32 pada Julai.

Harga telah mencecah $1.5 juta bagi beberapa unit termasuk sebuah flat di The Pinnacle@Duxton yang dijual pada harga $1.48 juta - hampir mencecah paras tertinggi bagi sebuah flat jualan semula HDB.

Empat dari flat lebih $1 juta ini juga terletak di estet tidak matang seperti dua flat masing-masing di Woodlands and Hougang. Urus niaga terbanyak bagi flat dijual lebih sejuta dollar terletak di Bukit Merah, dengan sebanyak sembilan urus niaga.

Ketua pegawai eksekutif firma runding cara hartanah, Huttons Asia, Encik Mark Yip, menyatakan pengumuman Encik Lee bulan lalu mungkin menggalak ramai membuat pembelian sebelum mereka terjejas dengan perubahan klasifikasi itu.

Lain faktor termasuk penundaan penjualan BTO bagi Ogos dan langkah pembeli yang terburu-buru membeli flat sebelum ‘Hungry Ghost Festival’ yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 14 September kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina adalah masa tidak baik untuk membeli flat.

Harga flat jualan semula HDB meningkat 0.6 peratus pada Ogos, berbanding 0.3 peratus pada Julai, menurut perangkaan SRX dan gerbang hartanah 99.co.

Ketua Pegawai Penyelidikan Mogul.sg, Encik Nicholas Mak, berkata harga flat jualan semula akan terus meningkat.

Ia juga didorong oleh pembeli warga senja yang menukar rumah privet mereka ke flat jualan semula. Pemilik rumah privet berusia lebih 55 tahun boleh membeli flat jualan semula empat bilik atau lebih rendah selepas menjual rumah mereka, tanpa dikenakan tempoh menunggu selama 15 bulan.

Dengan kebanyakan bahan binaan dibeli dari luar, kita boleh jangkakan kos binaan akan terus meningkat kerana ia juga bukan di bawah kawalan kita.

Pemerintah telah berulang kali menyatakan bahawa mereka akan memastikan flat kekal dimampui warga tempatan. Subsidi akan diberikan bagi memudahkan pasangan muda membeli flat pertama mereka.

Sama ada pasangan muda membeli flat BTO ataupun flat jualan semula, yang nyata mereka perlu membuat perkiraan dan pertimbangan dengan rapi sebelum ambil keputusan besar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >