Topic followed successfully
Go to BHku'Bunga-bunga'silat indah dan berbeza
Premium
'Bunga-bunga'silat indah dan berbeza
Ruangan baru #bahasakankita ini bertujuan melenyapkan tanggapan bahawa anak muda tidak berminat dalam bahasa dan budaya Melayu. Jika anda berusia 40 tahun dan ke bawah, Berita Harian mengajak anda berkongsi pengalaman anda memperjuang bahasa dan budaya. E-mel kami di bhnews@sph.com.sg
Dec 19, 2016 | 5:30 AM
'Bunga-bunga'silat indah dan berbeza
DALAM KELASAKAN ADA KELEMBUTAN: Encik Fadli Kamsani suka 'mempertahankan' bahasa yang digunakan dalam silat, misalnya 'bunga-bunga' dan 'kuda-kuda'. - Foto ihsan FADLI KAMSANI -
SEBAGAI jurulatih silat bebas yang mengajar seni mempertahankan diri kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Encik Fadli Kamsani sering menggunakan perkataan seperti 'kuda-kuda', 'bunga-bunga', 'buka langkah', 'bentuk kaki' dan 'bentuk jari'.
Lantaran tidak pernah mendengar kekata sedemikian disebut dalam percakapan harian, ada di kalangan pelajar Encik Fadli yang akan bertanyakan tentang asal usul penggunaan bahasa 'silat' yang digunakannya.

