Topic followed successfully
Go to BHkuBunga Emas simbol persahabatan dalam budaya silam
Premium
Bunga Emas simbol persahabatan dalam budaya silam
Mar 9, 2020 | 5:30 AM
Bunga Emas simbol persahabatan dalam budaya silam
REPLIKA BUNGA EMAS: Staf kesenian mengalihkan satu replika Bunga Emas yang dipamerkan dalam pameran khas 'Seekor Singa, Seorang Putera & Sebingkai Cermin: Reflecting & Refracting Singapura' di Taman Warisan Melayu sehingga 21 Jun ini. Replika tersebut didatangkan dari Royal Mint di Bangkok dan diperbuat berdasarkan bentuk Bunga Emas asal yang diberikan kerajaan Kedah kepada Maharaja Siam (1809-1906) yang masih disimpan di Istana Besar di Bangkok. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
PENGUNJUNG Taman Warisan Melayu (MHC) kini boleh melihat satu replika reka bentuk yang melambangkan kemahiran kraf tangan kakitangan istana Melayu serta hubungan diplomatik sultan-sultan Melayu dengan kerajaan Siam pada zaman dahulu.
Replika Bunga Emas, kini dipaparkan di MHC sejak 17 Februari sempena pameran bertajuk, Seekor Singa, Seorang Putera dan Sebingkai Cermin: Reflecting and Refracting Singapura yang berlangsung sejak Oktober lalu hingga 21 Jun tahun ini, merupakan satu replika hadiah oleh Kerajaan Kedah kepada Maharaja Thailand yang berkuasa dari 1809 hingga 1906.


