Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PILIHAN RAYA INDONESIA 2019

Cabaran Jokowi, Prabowo menang hati rakyat

Apr 16, 2019 | 05:30 AM



PILIHAN raya kali ini merupakan sesuatu yang mencabar, bukan sahaja dari segi logistik, malah pada pengundi yang harus memilih wakil mereka daripada lima kertas undian yang berbeza.



Inilah kali pertama Indonesia akan mengadakan pilihan raya presiden dan perundangan serentak dan ia dijangkakan bahawa pilihan raya presiden akan menarik lebih banyak perhatian daripada pilihan raya perundangan.



Para pengamat menjangkakan kesan "coattail" bagi parti-parti politik calon presiden, iaitu Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang telah mencalonkan Joko (Jokowi) Widodo dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) yang mencalonkan Encik Prabowo Subianto.



Parti-parti politik ini dijangka menunjukkan prestasi yang baik kerana kemungkinan calon-calon presiden ini dipilih dijangkakan akan memanfaatkan parti masing-masing.



Pilihan raya presiden 2019 boleh dilihat sebagai ulangan pilihan raya presiden 2014 kerana calon presiden yang sama akan bersaing dengan satu sama lain.



Apa yang berbeza ialah calon naib presiden.



Tertekan oleh penggabungan beliau, Jokowi telah memilih kiyai Islam yang konservatif, Ma'ruf Amin yang berusia 76 tahun, yang merupakan pengerusi Majlis Ulama Indonesia dan bekas pemimpin terulung Nahdlatul Ulama (NU), organisasi Islam yang terbesar di Indonesia.



Ini dilihat sebagai langkah taktikal untuk menunjukkan bahawa imej Jokowi sebagai seorang yang anti-ulama dan beliau kurang warak tidak benar.



Encik Prabowo, sebaliknya pula memilih Sandiaga Salahuddin Uno, bekas Penolong Gabenor Jakarta.



Sebagai salah seorang usahawan muda yang paling berjaya di Indonesia, Encik Sandiaga, 49 tahun, dilihat sebagai mempunyai tarikan kuat bagi 42 juta pengundi milenial dan seseorang yang dapat membincangkan tentang ekonomi.



Satu lagi perbezaan antara pilihan raya 2014 dan 2019 ialah kenyataan bahawa Encik Jokowi sekarang ini bertanding sebagai presiden kini dan beliau merupakan sebahagian daripada pihak politik yang berkuasa berbanding dengan 2014, yang mana beliau hanyalah orang biasa dan orang luar yang mencabar golongan elit Jakarta yang diwakili Encik Prabowo.



Encik Jokowi kini telah mengalahkan Encik Prabowo dengan penggabungan bersama 10 parti politik (yang telah memenangi 62 peratus daripada undian dalam pilihan raya 2014) yang menyokong seruannya untuk pilihan raya semula.



Sebaliknya, Encik Prabowo yang mempunyai penggabungan yang lebih besar pada 2014, telah kehilangan beberapa bekas pihak bersekutu, termasuk Parti Golkar (Golkar) 7 dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP).



Kini, Encik Prabowo hanya mempunyai lima parti (yang telah memenangi 36 peratus daripada undian pada tahun 2014) yang menyokong beliau.



Walau bagaimanapun, ini juga bermakna bahawa Encik Jokowi tidak lagi dianggap sebagai reformis populis, tetapi sebagai presiden kini, beliau harus mempertahankan rekod prestasi beliau untuk mewajarkan beliau memegang jawatan ini untuk lima penggal lagi.



CALON PRESIDEN DAN ASAS PENGUNDI MEREKA



Kedua-dua calon presiden ini tidak begitu berbeza dalam platform dasar mereka, dari segi memegang pada prinsip dikotomi tentang bagaimana negara ini harus ditadbir.



Apa yang lebih membezakan mereka ialah latarbelakang mereka dan penyokong yang mereka perolehi.



Jokowi ialah seorang peniaga kelas pertengahan yang berjaya atas usaha sendiri, daripada latarbelakang Jawa yang sederhana, yang tidak pernah tinggal di luar sekitaran Jawanya sehingga beliau menjadi gabenor di Jakarta pada 2012.



Peningkatan kedudukan politik beliau amat cepat dan ini merupakan hasil daripada refomasi politik (terutama sekali pemencaran kuasa) yang telah berlaku di Indonesia semenjak Suharto hilang kuasa politik pada 1998.



Pemilihan langsung pemimpin daerah-daerah yang membolehkan beliau menjadi datuk bandar kampung halaman beliau, Surakarta pada 2005 dan kemudian gabenor ibu negara Indonesia pada 2012.



Berdasarkan kepopularan dan jangkaan keupayaan beliau untuk dipilih yang tinggi, PDI-P telah mencalonkan beliau sebagai calon presiden mereka pada 2014, dan beliau memenangi 53.15 peratus undi berbanding dengan 46.85 peratus undi yang diperolehi Encik Prabowo.



Berbeza dengan Encik Jokowi, Encik Prabowo berasal daripada keturunan elit, menghabiskan banyak masa kanak-kanak beliau di luar Indonesia dan merupakan bintang yang menyerlah dalam bidang ketenteraan sehinggalah beliau terpaksa bersara awal kerana dituduh terlibat dalam penculikan penggiat-penggiat pro-demokrasi pada 1998. Semasa kerjaya politik beliau, Encik Prabowo telah mengubah diri beliau sebagai calon yang pro-Islam dan telah disarankan menjadi calon presiden oleh Ijtima Ulama, sebuah kongres cendikiawan-cendikiawan Islam.



Malah, Encik Prabowo telah membina hubungan dengan gerakan-gerakan Islam yang konservatif sejak beliau berkhidmat dalam ketenteraan lagi. Beliau menubuhkan Gerindra pada 2008 dan ini telah menjadi alat pilihan raya beliau semasa beliau bertanding bagi jawatan presiden pada 2014 dan 2019.



Latar belakang calon-calon ini yang berbeza menarik kumpulan-kumpulan gabungan yang berbeza. Jokowi-Ma'ruf disokong oleh parti-parti politik yang secara umum boleh dikatakan sebagai nasionalis berfahaman tengah-kiri dan penyokong Islam yang sederhana. Berbanding dengan ini, Prabowo- Sandi meyokong parti-parti yang berfahaman nasionalis kanan atau menyokong Islam yang konservatif.



Dari segi sokongan pilihan raya, keputusan-keputusan pilihan raya 2014 telah menunjukkan bahawa Encik Prabowo telah menang kebanyakkannya di wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai konservatif Islam. Ini mungkin kerana, bukan sahaja imej beliau sebagai seseorang Muslim yang pro-konservatif, tetapi juga pertalian sejarah antara keluarga beliau dan Sumatra ketika pemberontakan kawasan pada 1958. Pada masa itu, bapa Encik Prabowo, Soemitro Djojohadikusumo telah menyertai Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI), satu kumpulan pemberontak di Sumatra Barat yang menentang pemerintah pusat yang dipimpin Presiden Sukarno. Ini boleh menjelaskan asas pengundi Encik Prabowo yang kukuh dipelbagai bahagian di Sumatra. Sementara itu, Jokowi telah menang di kawasan-kawasan yang secara tradisi menyokong parti-parti politik nasionalis sekular, seperti Jawa Tengah dan Timur.



Sokongan pengundi daripada kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza juga kelihatan mengikut gambaran yang lebih besar. Menurut tinjauan CSIS, Prabowo-Sandi kelihatan lebih popular di kalangan masyarakat Aceh, Melayu dan Minangkabau, yang dominan di kawasan-kawasan Sumatera yang dimenangi Encik Prabowo. Berbanding dengan ini, Jokowi-Ma'ruf ketara lebih popular di kalangan mayarakat Jawa, Batak dan kumpulan etnik lain yang selaras secara geografik dengan Jawa Tengah dan Timur, Sumatera Selatan dan kebanyakan kawasan di Indonesia Timur di mana Encik Jokowi mempunyai sokongan yang lebih kuat pada 2014.



CIRI-CIRI DEMOGRAFIK PENYOKONG CALON PRESIDEN



Tinjauan CSIS juga melaporkan tentang ciri-ciri demografik para penyokong bagi kedua-dua calon-calon presiden.



Pasangan Jokowi-Ma'ruf kemungkinan besar akan menarik pengundi-pengundi desa (57.2 peratus) dan golongan pendidikan rendah (57.3 peratus) dan pertengahan (45.8 peratus) dan mempunyai sokongan besar daripada penganut Katolik dan Protestan (93.1 peratus). Ini selaras dengan trend yang didapati dalam tinjauan yang dijalankan oleh Litbang Kompas dan LSI Denny JA. Tambahan lagi, Litbang Kompas juga mendapati bahawa pengundi muda dan mereka yang berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk menyokong pasangan Prabowo-Sandi.



Trend ini sama seperti ciri-ciri demografik pengundi yang menyokong Encik Jokowi dan Encik Prabowo pada 2014. Pada masa itu, Encik Jokowi juga lebih popular di kawasan desa (46.8 peratus berbanding dengan 38.1 peratus yang menyokong Prabowo) dan di kalangan para lepasan sekolah peringkat rendah (42.6 peratus) dan tengah (42.4 peratus) sementara Encik Prabowo menpunyai lebih banyak sokongan daripada lepasan sekolah peringkat tinggi (42.6 peratus) dan pada siswazah universiti (46.2 peratus). Begitu juga, golongan bukan Islam menyokong kuat Encik Jokowi (68.8 peratus berbanding dengan 11.5 peratus yang diraih Encik Prabowo). Encik Prabowo mendapat sokongan lebih kuat darpada pengundi yang berpendapatan tinggi, sementara Jokowi meraih sokongan lebih kuat daripada para pengundi berpendapatan rendah.



KESIMPULAN



Asas sokongan geografik setiap calon juga kelihatan kebanyakannya kekal sama, kecuali Jakarta yang mungkin menyokong Prabowo-Sandi.



Jika dapatan tinjauan-tinjauan sejauh ini benar, kita akan melihat kemenangan yang selesa bagi Jokowi-Ma'ruf dengan PDI-P dan Gerindra menikmati manfaat paling besar daripada kepopularan dan keseringan mereka dilihat oleh orang ramai.



Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa bukanlah tinjauan-tinjauan ini yang akan menetapkan keputusan pilihan raya tetapi jumlah undi yang sebenar yang diterima pada 17 April 2019.



Ramalan tinjauan juga diketahui boleh menimbulkan salah anggap, walaupun, institusi telah berubah dengan cara-cara yang lebih canggih untuk mengukur dengan lebih tepat lagi pandangan awam.



Bergantung kepada dari bahagian mana pengundi berjumlah 192.8 juta yang layak mengundi yang akan benar-benar keluar mengundi, keputusan pilihanraya boleh berbeza daripada ramalan tinjauan-tinjauan tersebut.



Mendapatkan penyokong masing-masing untuk keluar mengundi pada hari Rabu, 17 April, mungkin merupakan cabaran paling penting bagi setiap pasukan kempen.



  • Pasukan penulis ialah penyelidik di Iseas-Institut Yusof Ishak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >