Premium
Cabaran kerajaan PH tunaikan janji
Pengamat politik: Ada janji yang berjaya dilaksanakan; ada usaha terhambat
May 10, 2019 | 5:30 AM
MERAIKAN ULANGTAHUN PERTAMA PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bersama-sama timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail (empat dari kiri) dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kiri), bergambar dengan pemimpin lainnya selepas menyampaikan amanat khas sempena ulangtahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan di Putrajaya, pada 9 Mei lalu. - Foto EPA-EFE -
SEKITAR setahun selepas mengambil alih pucuk pimpinan Malaysia pada Mei tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan beberapa janji daripada manifesto yang dibentangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (GE14).
Namun, reformasi yang sebenar amat diperlukan, menurut beberapa penganalisis. Ini termasuk reformasi terhadap institusi dan undang-undang di negara tersebut.

