Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Kalau perlu disiplinkan anak, cara 'ugut' atau dorongan?

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



SAYA ingat lagi, semasa kecil dahulu, saya pernah 'ditakut-takutkan' yang karung guni akan menangkap saya jika saya tidak segera masuk ke dalam rumah.



Kalau bukan karung guni, polis.



Atau hantu.



Ada jugalah berapa kali saya lari lintang pukang masuk ke dalam rumah.



Tetapi pada umur tertentu, saya tidak mengendahkan 'ugutan' itu malah menganggapnya tidak masuk akal.



Ibu bapa saya pun berhenti mengugut kerana cara itu sudah tidak jalan.



Kini saya pula mendapati diri saya mengugut anak saya.



"Kalau tak tidur, nanti orang itu tangkap bawa lari. Baik tidur sekarang," kata saya kepada anak saya yang berumur tiga tahun setengah ketika mengajaknya tidur petang baru-baru ini.



Sebenarnya saya tidak suka mengugut kanak-kanak. Apabila saya mengugut anak saya, saya dapat merasakan yang saya menipunya dan saya khuatir kalau dia akan belajar menipu daripada saya.



Bagi saya, walaupun mereka tidak faham, saya akan cuba memberi sebab yang munasabah mengapa sesuatu perkara itu patut atau tidak patut dilakukan.



Sebagai contoh, apabila saya mahu anak saya mengemas mainan yang bersepah di lantai, saya akan berkata:



"Kutip mainan semua kalau tidak nanti kamu terpijak mainan itu dan jatuh atau mainan itu pecah."



Saya akan mengulangi kata-kata itu seberapa banyak kali yang diperlukan sehingga mainan habis disimpan.



Tetapi seringkali, saya hilang sabar dan meninggikan suara dan berkata:



"Kalau tak simpan sekarang ibu buang semua mainan ini."



Kemudian anak saya akan panik dan menangis sambil menyimpan mainan-mainan itu.



Tetapi ada satu kali itu, dia berkata pula:



"Ibu, ambil plastik."



Eh, dia pula suruh saya ambil plastik untuk buang mainan-mainannya itu.



Nampaknya cara saya itu sudah tidak jalan lagi.



Kebetulan saya terbaca di sebuah laman keibubapaan tentang cara berkomunikasi dengan anak, bahawa mengugut anak bermakna kemahiran komunikasi ibu bapa dengan anak masih lemah.



Ini bermakna ibu bapa tidak meletakkan peraturan yang jelas, hingga terpaksa mengugut anak untuk mendapat hasil yang diinginkan.



Pakar berkata mengugut anak merosakkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.



Ia menghasilkan rasa dendam dan kebencian. Kanak-kanak rasa diri mereka tidak dihargai dan ibu bapa pula rasa diri mereka tidak dihormati.



Ini akan memburukkan keadaan perebutan kuasa sebagai contoh, ibu bapa menyuruh anak menyimpan mainan pada waktu itu juga dan si kecil berkeras tidak mahu dan memberontak serta mengamuk.



Ada ibu bapa mungkin melihat ancaman sebagai dorongan - untuk mengemas mainan, untuk tidur dan sebagainya.



Tetapi pakar berkata ia bukan jenis dorongan yang berkesan.



Ini kerana apabila seseorang diancam, mereka mengambil langkah untuk tidak ditangkap, dan bukannya mengubah kelakuan mereka.



Oleh itu, ibu bapa perlu mencari jenis dorongan lain untuk membuat anak-anak mereka melakukan apa yang dikehendaki.



Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah bersabar dengan menjauhi situasi mencabar itu buat seketika.



Ini bagi mengelakkan ibu bapa daripada terkeluarkan ugutan dalam keadaan marah dan tidak sabar.



Setelah tenang, ibu bapa boleh memberitahu si kecil yang kita dengar dan akui perasaan serta keinginan mereka.



Kita boleh katakan: "Ibu tahu kamu suka keluarkan semua mainan kamu dan meletaknya di lantai."



Pakar berkata cara ini akan membuat si kecil lebih terbuka kepada sudut pandangan ibu bapa mereka.



Kemudian ibu bapa boleh menyatakan keprihatinan mereka, iaitu mainan yang bersepah di lantai boleh mendatangkan bahaya dan ia perlu disimpan.



Ibu bapa kemudian boleh meminta anak saranan tentang bila dan bagaimana untuk menyimpan mainan-mainan itu.



Apabila kanak-kanak diberi sedikit kuasa dalam membuat keputusan, mereka didapati lebih mudah bekerjasama.



Tetapi saya tidak pasti sama ada 'pantang larang' orang tua seperti jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul dan jangan buka payung dalam rumah nanti ular masuk turut dianggap sebagai ugutan.



Walaupun 'ugutan' itu sering kali tidak masuk akal, tetapi ia bersebab, dan sebabnya boleh masuk akal.



Jangan duduk di atas bantal kerana bantal tempat mengalas kepala semasa tidur.



Jangan buka payung dalam rumah kerana takut tercucuk orang lain.



Kadang kala apabila anak saya bermain payung dalam rumah, saya tergerak untuk berkata nanti ular masuk rumah.



Tetapi saya tak sanggup pula menjawab soalan bertali arusnya tentang ular itu nanti:



"Mana ular? Ular besar ke ular kecil? Ular warna apa? Mata ular warna apa? Ular masuk dari mana?"




Apabila saya mahu anak saya mengemas mainan yang bersepah, saya akan kata: "Kutip mainan kalau tidak nanti kamu terpijak dan jatuh atau mainan itu pecah."



Saya akan ulang kata-kata itu sehingga mainan habis disimpan.



Tetapi seringkali, saya hilang sabar dan tinggikan suara dan berkata: "Kalau tak simpan sekarang ibu buang semua."



Kemudian anak saya akan panik dan menangis danl menyimpannya.



Tetapi ada satu kali itu, dia cakap: "Ibu, ambil plastik." Eh, dia pula suruh saya ambil plastik untuk buang mainan.



Nampaknya cara saya itu sudah tidak jalan lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >