Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Dakapi teknologi, semarakkan sumbangan

May 28, 2023 | 05:30 AM



MENINGKATNYA sumbangan derma secara dalam talian kepada beberapa badan Melayu Islam semasa dan selepas wabak Covid-19, memberi beberapa gambaran menarik.

Pertama, semangat menderma tidak luntur, meskipun terdapat sekatan menjejas kegiatan secara fizikal. Kedua, ia memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu Islam tidak kekok dan malah semakin celik dan mesra teknologi.

Beberapa badan berkongsi berkongsi bahawa derma yang diterima menerusi talian terus kukuh. Derma secara dalam talian yang diterima AMP misalnya melonjak daripada $614,400 pada 2019 kepada $2,070,000 pada 2022 sementara Persatuan Muhammadiyah  melihat pungutan derma menerusi kaedah itu adalah sekitar 15 peratus lebih tinggi pada 2022 berbanding 2021.

Begitu juga dengan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang melihat derma secara menyeluruh meningkat. Dengan andaian bahawa kebanyakan, jika tidak semua, penderma adalah daripada masyarakat Melayu Islam, ia memberi gambaran bahawa tahap penggunaan teknologi berhubungan urusan kewangan semakin tinggi. Lebih menarik ialah sebahagian penderma itu merupakan warga emas yang menghulur derma melalui PayNow.

Ini mungkin antara hikmah pandemik Covid19. Ia telah mempercepatkan proses pendigitalan seluruh negara dan menyediakan kemudahan membuat transaksi kewangan, membuat pembayaran, berbelanja dan menderma, secara dalam talian.

Pembayaran PayNow misalnya memudahkan penderma membuat sumbangan – tidak perlu tulis cek atau keluar rumah untuk mengirimkan wang secara fizikal, sekali gus jimat masa. Derma dalam talian juga ada jejak digital – penderma dapat melihat sumbangan yang dilakukan dalam masa nyata. Ketelusan dan keterbukaan ini  menjadi faktor dorongan menderma.

Bagaimanapun, derma secara digital bagi masjid-masjid dikatakan merosot sejak masjid dibuka semula. Sumbangan melalui laman OurMasjid.SG misalnya dikatakan turun daripada sekitar $1.5 juta setiap suku tahun pada 2020 kepada sekitar $500,000 dalam suku pertama 2023.

Mungkin pembukaan semula masjid membolehkan orang ramai menderma secara fizikal dengan memasukkan langsung ke tabung masjid. Dalam jangka panjang, ini mungkin berubah jika masyarakat semakin terus mendakap teknologi dan semakin terbiasa dengan urusan secara online.

Mentelah, Muis masih terus menawarkan pelbagai kaedah berteras teknologi dalam membuat bayaran dan sumbangan. Ini termasuk terus menyediakan laman OurMasjid.SG yang dibentuk pada 2020 sebagai saluran derma dalam talian utama semasa Covid-19, dan merintis penggunaan SalamSG Pay iaitu meletak kios layan diri di beberapa  masjid.

Dengan Singapura terus bergerak menjadi masyarakat yang semakin bebas tunai, masyarakat Melayu Islam mesti juga membiasakan diri dengan perubahan itu.

Kesediaan menderma secara dalam talian hanya satu contoh betapa masyarakat Melayu Islam sedia mendakap perubahan, semakin biasa dengan teknologi dan melakukan pelbagai urusan dan transaksi secara talian, dibarisi ciri lebih selamat, mudah dan cepat.

Awalnya mungkin kekok, tetapi ia akan menjadi satu perkara lazim, sebagaimana  ungkapan alah bisa tegal dek biasa. Mudah-mudahan kesediaan ini akan menyemarakkan lagi sumbangan kepada badan Melayu Islam, masjid dan inisiatif lain ke arah membangun ummah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >