Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Dorongan bagi peniaga, pekerja harungi cabaran ekonomi

AHAD, 16 OGOS 2020
Aug 16, 2020 | 5:30 AM
be585ba7-892c-43a5-bb3e-f19a2c5cdab2
-

PENGUNCUPAN sebanyak 13.2 peratus dalam Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura pada suku kedua (Q2) tahun ini - kadar paling teruk dalam sejarah negara - menggambarkan prospek pertumbuhan ekonomi yang suram bukan sahaja pada tahun ini tetapi juga bagi beberapa tahun seterusnya. Kemerosotan itu petanda jelas betapa besar kemusnahan yang telah ditinggalkan pandemik Covid-19 sejak virus itu mula menunjukkan bahangnya pada awal tahun ini yang sekali gus menghapuskan segala bibit-bibit pertumbuhan yang dinikmati ekonomi negara sejak 2016.

Akibatnya ekonomi negara diramal menguncup antara 5 dan 7 peratus bagi tahun ini - lebih teruk daripada kemerosotan antara 4 dan 7 peratus yang dijangkakan sebelum ini. Para pengamat ekonomi menjangkakan ekonomi Singapura mungkin memerlukan tempoh beberapa suku tahun lagi untuk kembali kepada kadar pertumbuhan sebelum tempoh pandemik, kemungkinan pada lewat 2021 paling awal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg