Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KORONAVIRUS

Dulu macam janggal tetapi kini rasanya bagai kebiasaan harian

Mar 29, 2020 | 05:30 AM



JIKA dahulu botol yang berisi dengan sanitiser tangan jarang dilihat di kebanyakkan isi rumah di sini, ia kini menjadi satu barang keperluan utama.



Ada juga yang memastikan mereka mempunyai sebotol kecil di dalam beg atau saku mereka sebelum menjejak keluar dari rumah.



Dengan keadaan persekitaran yang mudah mengancam kesihatan umum, ramai di kalangan warga Singapura sedar perlunya mengambil langkah tambahan bagi mencegah diri daripada dijangkiti wabak koronavirus Covid-19.



Amalan menjaga kebersihan diri kian menjadi antara perkara yang lebih ketara dan sering dititikberatkan.



Di saat getir ini, perkara yang pada mulanya janggal dan tidak biasa dilakukan, kini secara perlahan-lahan, diserapkan dalam kehidupan harian kita.



Ia, sebagai yang sering diungkapkan, menjadi norma baru.



Dalam situasi hari ini, warga Singapura bersiap menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini, termasuklah Cik Nabilah Arshad.



Ibu kepada dua orang anak berusia lima dan lapan tahun ini menegaskan kesihatan keluarganya menjadi keutamaan dan beliau tidak mahu mengambil sikap sambil lewa.



"Apa yang berlaku sekarang di seluruh dunia membukakan mata kita terhadap pentingnya menjaga keselamatan dan kebersihan diri kita sendiri.



"Kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini dan oleh itu saya mahu menerapkan tabiat seperti kerap membasuh tangan dan menggunakan sanitiser kepada keluarga saya," kata pekerja pentadbiran berusia 37 tahun itu.



Beliau malah bersyukur kerana pemerintah mengambil berat dalam menjaga kemaslahatan masyarakat dengan memberikan cecair pembasmi kuman sebanyak 500ml secara percuma kepada setiap isi rumah.



Pandemik Covid-19 telah membawa perubahan bukan sahaja dari segi kebersihan diri, malah juga cara kita bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain.



Pemerintah baru-baru ini menasihatkan agar penduduk di Singapura mengamalkan jarak sosial baik di tempat kerja mahupun di tempat awam. Ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan di kalangan masyarakat.



Tempat beratur seperti di gerai-gerai makanan ataupun di pusat membeli-belah telah ditandakan untuk memastikan pelanggan beratur sekurang-kurangnya semeter antara satu sama lain.



Usaha ini mendapat sokongan Encik Riduan Mohamad, juruteknik berusia 32 tahun, yang berpendapat masyarakat setempat perlu bertanggungjawab dan mematuhi langkah itu.



"Langkah yang diketengahkan ini adalah berdasarkan fakta yang diperolehi oleh pakar dan juga Kementerian Kesihatan (MOH). Tidak mungkin Singapura mampu menangani ancaman virus ini dengan baik tanpa kepakaran yang kita ada sekarang," jelasnya.



Encik Riduan, yang sendiri memastikan beliau mengurangkan masa kegiatan sosial jika tidak diperlukan, berkata langkah seperti jarak sosial ini mungkin akan menjadi kebiasaan harian.



Di tengah-tengah penularan Covid-19 ini, orang ramai di seluruh dunia digesa bekerja dari rumah dalam usaha menghentikan penyebaran virus itu.



Kita perlu memikirkan semula cara bagaimana untuk terus berhubung dengan rakan sekerja untuk memastikan prestasi pekerjaan dapat diteruskan.



Dalam mengharungi detik yang belum pernah terjadi sebelum ini, ramai syarikat mengambil pendekatan mengadakan persidangan video sebagai alternatif kepada mesyuarat bersemuka.



Sebelum pandemik koronavirus, ramai yang teragak-agak untuk terlalu bergantung pada pendekatan ini. Sesetengah menganggapnya sebagai sesuatu yang memperlahankan proses perbincangan.



Namun tanpa kaedah lain untuk digunakan, syarikat bagaikan tiada pilihan lain.



Mungkin mengadakan mesyuarat secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal akan menjadi norma baru dalam kehidupan kita.



Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mendakap norma baru ini akan mengambil masa sebelum masyarakat kita dapat menyesuaikan diri.



Seperti yang dikatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan Facebooknya baru-baru ini, berkata rakyat Singapura "mesti serius dalam mengambil langkah-langkah bagi merubah norma sosial kita".



"Walau sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat harian kita, saya yakin masyarakat kita faham perubahan-perubahan ini adalah penting untuk mengelakkan penularan virus ini," kata Encik Masagos.



Di masa hadapan, apabila manusia telah mendakap dan mengamalkan pembaharuan ini, mereka mungkin akan mengimbas kembali pada detik ini yang telah merubah landskap kehidupan kita.




Apa yang berlaku sekarang di seluruh dunia membukakan mata kita terhadap pentingnya menjaga keselamatan dan kebersihan diri kita sendiri. Kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini dan oleh itu saya mahu menerapkan tabiat seperti kerap membasuh tangan dan menggunakan sanitiser kepada keluarga saya.
- Cik Nabilah Arshad.



Langkah yang diketengahkan ini adalah berdasarkan fakta yang diperolehi oleh pakar dan juga Kementerian Kesihatan (MOH). Tidak mungkin Singapura mampu menangani ancaman virus ini dengan baik tanpa kepakaran yang kita ada sekarang.
- Encik Riduan Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >