Topic followed successfully
Go to BHkuDunia dalam ancaman berganda - cuaca tak menentu, pandemik maut
Premium
Dunia dalam ancaman berganda - cuaca tak menentu, pandemik maut
Dengan negara kaya bergelut lawan Covid-19, pakar risau bahaya yang boleh berlaku di tempat dilanda kemiskinan, konflik dan bencana
Apr 13, 2020 | 5:30 AM
Dunia dalam ancaman berganda - cuaca tak menentu, pandemik maut
ROME/KUALA LUMPUR: Dengan beberapa rakannya jatuh sakit, seorang meninggal dan pergerakannya terhad, coronavirus Covid-19 membuat Encik Giordano Alpi tertekan secara fizikal dan mental apabila satu lagi bencana melanda ladangnya seluas 30 hektar di kawasan Emilia-Romagna di utara Italy.
Suhu pada waktu malam yang jatuh di bawah sifar pada hujung Mac menyebabkan pembekuan meluas, merosakkan pokok buah-buahannya, termasuk aprikot, nektar dan peach.

