MEMANG seronok dapat ikuti rapat umum pilihan raya tahun ini secara langsung dari mana-mana lokasi menerusi Internet, termasuk daripada laman The Straits Times.

Tak perlu berjalan jauh untuk mendengar laungan ceramah dan perdebatan hangat calon-calon anggota parlimen (AP) yang bertanding.