Premium
Harapan rakyat Filipina kini di bahu 'Bongbong'
May 12, 2022 | 5:30 AM

TUGAS BESAR: Bakal presiden baru Filipina, Encik Ferdinand Marcos Junior, diharap dapat membebaskan rakyat negeri itu daripada cengkaman kemiskinan. - Foto REUTERS -
RAKYAT Filipina telah memilih seorang dari keluarga tercemar tetapi namanya akrab dengan mereka, sebagai pemimpin yang diharap dapat membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan.
Mereka tidak menghiraukan amaran bahawa tokoh daripada keluarga bangsawan ini boleh memburukkan lagi amalan rasuah dan bakal melumpuhkan demokrasi di negara itu.

