Topik diikuti
Pergi ke BHkuBantuan untuk golongan miskin di Indonesia
Bantuan untuk golongan miskin di Indonesia
MEMBANTU golongan yang berada di bawah garis kemiskinan.
Itulah kumpulan penerima yang bakal memanfaatkan dana hasil agihan Al-Imtaq International & Services buat kali ini.
Rata-rata kumpulan penerima itu merupakan petani dan penternak di luar negara dengan usia dalam lingkungan 40-an dengan 60-an tahun.
Menyatakan demikian kepada Berita Harian, Pengarah Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata kumpulan tersebut menjadi sasaran berdasarkan pengalaman beliau melihat secara dekat keperitan yang dialami penerima bantuan itu.
"Saya sendiri pernah turun secara langsung - melihat dan bagai dapat merasakan keperitan yang mereka alami. Bagaimana mereka menjalani kehidupan yang sukar dan penuh cabaran itu.
"Mereka juga bercita-cita membesarkan dan menghantar anak-anak kecil mereka ke sekolah seperti golongan biasa.
"Demi sesuap nasi, mereka akan lakukan apa sahaja demi melihat anak-anak mereka turut berjaya satu hari kelak," tambahnya.
Untuk kutipan dana kali ini, Al-Imtaq International & Services akan terus menumpukan kepada kawasan pedalaman di Lombok (Nusa Tenggara Barat, atau NTB), di Indonesia.
Ini termasuk penduduk di kawasan yang pernah dibantu sebelum ini, termasuk di desa-desa Kampung Bandok, Kampung Tembeng, Mamben, Temanjor, Labuan, Aikmel dan banyak lagi.
Sebahagian besar kawasan yang belum pernah dibantu dan bakal meraih manfaat dana tersebut ialah di provinsi Sumbawa yang terletak sekitar empat jam (menaiki feri) dari Lombok.
Sebelum ini, penerima bantuan Al-Imtaq International & Services diberi catuan barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak, daging, telur, susu, jagung, minyak tanah dan garam.
Mereka turut menerima dana bantuan modal untuk membeli lembu, kambing selain menternak ayam.
Syarikat itu turut menyiapkan prasarana tempat ibadah seperti masjid, musola dan madrasah.
Sejak Covid-19 melanda, usaha mengumpul dana yang dilakukan Al-Imtaq International & Services terjejas sekitar 20 peratus.
"Kami amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan masyarakat Melayu/Islam Singapura terhadap usaha kami dalam menyalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan di pedalaman Lombok khususnya dan Nusa Tenggara Barat (NTB), sejauh ini.
"Saya sendiri yakin dengan kemurahan hati masyarakat Singapura dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan, bahkan ada juga yang bukan beragama Islam yang tampil membantu, walaupun Covid-19 melanda," ujarnya lagi.
CARA MENDERMA
Jika anda berminat menderma sempena Ramadan dan Syawal ini, Al-Imtaq International & Services menyediakan khidmat:
- Kutip derma tunai dengan pegawainya akan mengambil derma anda
- Pemindahan wang / I-Banking ke dalam akaun semasa DBS 019-904263-9
- Cek atas nama Al-Imtaq International & Services
- PayNow: UEN No: 53202179K
Selepas transaksi, ambil gambar dan WhatsApp ke talian 8454-3782.