Ramai yang beranggapan bahawa tadabbur Al-Quran (merenungi, memahami dan menghayati makna ayat yang dibaca) hanya untuk golongan ustaz, ulama atau mereka yang memiliki ilmu agama yang mendalam.

Ada juga yang berasa takut untuk merenungi ayat Al-Quran kerana bimbang tidak memahami tafsir sepenuhnya, atau berasakan diri ‘belum cukup baik’ untuk mendekati dan berbicara tentang Al-Quran.